29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar dijadual kunjungi Segamat hari ini, lancar program Madani Kita

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Johor hari ini dan dijadualkan menghadiri dua program di Segamat, menjadikannya kunjungan kali kedua beliau dalam tempoh tiga hari.

    Program Anwar di daerah yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Johor Bahru itu, dibuat beberapa hari selepas beliau hadir ke Bukit Gambir, Tangkak bagi mengumumkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Isnin lepas.

    Anwar dijadualkan melancarkan Program MADANI KITA bersama-sama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Dataran Segamat pada 5 petang.

    Program itu diadakan sebagai platform memperkukuh semangat kejiranan, mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum serta menyebarluaskan inisiatif dan manfaat kerajaan kepada rakyat.

    MENARIK:  Pelantikan politik: Ideas puji pembaharuan Anwar, tekankan lebih banyak perlu dibuat

    Perdana Menteri turut dijadualkan menghadiri program “Jom! Makan Durian” bersama-sama komuniti setempat di Tapak Bazar Yayasan, Segamat pada 6.30 petang, sekali gus mendekati masyarakat dalam suasana yang lebih santai.

    Pada Isnin lepas, Anwar mengumumkan senarai penuh nama calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdiri daripada 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, 7 Julai bagi hari pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah