29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cristiano Ronaldo Buktikan Pengkritik Silap, Ledak Dua Gol & Cipta Sejarah Baharu World Cup 2026

    Shopee Sale

    Pemain bola sepak ternama dunia, Cristiano Ronaldo, mencipta rekod baharu dalam sejarah bola sepak apabila menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi berbeza Piala Dunia selepas Portugal menewaskan Uzbekistan dalam aksi di Houston awal pagi Rabu.

    Artikel Berkaitan: Bekas Rakan Pasukan Dedah Cristiano Ronaldo Tertarik Mahu Peluk Islam – ‘Setiap Kali Azan Dia Minta Jurulatih Hentikan Latihan’

    Artikel Berkaitan: World Cup 2026: Ronaldo Nobat Messi GOAT – ‘Dia Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’

    Satu lagi pencapaian besar

    Memetik sumber Harian Metro, penyerang berusia 41 tahun itu yang sebelum ini menerima kritikan susulan kemarau gol di pentas kejohanan antarabangsa, berjaya membuka jaringan seawal minit keenam menerusi penyudah jarak dekat, sekali gus menambah satu lagi pencapaian besar dalam karier gemilangnya.

    Rekod tersebut turut mengimbau kembali gol sulungnya di Piala Dunia pada edisi 2006 ketika menentang Iran, yang menjadi titik awal kepada perjalanan panjangnya di pentas terbesar dunia.

    Dalam pada itu, bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan Juventus sebelum ini menerima kecaman selepas aksi kurang meyakinkan ketika Portugal sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo dalam perlawanan pembukaan di Amerika Utara.

    MENARIK:  [VIDEO] Leona Tawar Dirinya Untuk Kahwin Dengan Mahar RM10 Juta

    Menjelang pertemuan dengan Uzbekistan, Ronaldo gagal menemui jaringan dalam 10 aksi kejohanan utama terdahulu, hanya mencatat satu bantuan gol, situasi yang berbeza jauh dengan beberapa penyerang elit dunia seperti Lionel Messi, Kylian Mbappé, Erling Haaland dan Harry Kane yang lebih konsisten di depan gawang.

    Legenda Portugal itu mula menyarung jersi kebangsaan sejak 2003 dan terus kekal sebagai antara ikon terbesar bola sepak dunia.

    Kini beraksi bersama Al Nassr di Arab Saudi, Ronaldo mencatat 28 jaringan dalam 30 penampilan liga musim ini, membuktikan ketajamannya masih belum pudar.

    Dalam aksi di Houston itu, Ronaldo hampir memecah kebuntuan lebih awal apabila gagal menolak masuk hantaran lintang Nuno Mendes di tiang jauh pada minit ketiga.

    Ronaldo kelihatan kecewa seketika selepas peluang tersebut terlepas, namun segera bangkit sebelum menemui sentuhan penyudah beberapa minit kemudian untuk melakar satu lagi detik bersejarah dalam kerjaya gemilangnya.

    Sumber: Harian Metro

    The post Cristiano Ronaldo Buktikan Pengkritik Silap, Ledak Dua Gol & Cipta Sejarah Baharu World Cup 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah