Pelakon, Hisyam Hamid menyangkal dakwaan yang mengatakan dia pernah mengunjungi kediaman aktres, Erysha Emyra sehingga mengundang salah faham segelintir pihak.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Lama Kawan, Tapi Bila Ada Khabar Angin Bercinta Kami Jarakkan Diri’ – Hisyam Hamid
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Posting Yang Saya Kurang Senang’ – Hisyam Hamid Akui Sedar Wujud Akaun Peminat Obses Di Media Sosial
Tiada hubungan istimewa

Hisyam, 40, menegaskan khabar angin tersebut adalah tidak benar sama sekali dan mendakwa kemungkinan gosip itu timbul disebabkan mereka kini sedang bergandingan dalam sebuah drama.
Bagi saya, gosip itu tidak normal untuk saya sebab saya tak pernah lagi dapat gosip sebegitu sebelum ini. Tapi mungkin sebab dia (Erysha) datang dari satu generasi yang berbeza, yang lebih kepada media sosial. Maka timbul gosip sedemikian.
Mungkin sebab kami tengah bekerjasama juga dalam drama Ikatan Terlarang, jadi mungkin sebab itu nama saya pun terjebak sekali. Tapi ia bukan sesuatu yang membuatkan saya rasa bimbang. Saya menafikan dakwaan tersebut.
Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Dalam pada itu, Hisyam turut mengakui berasa kecewa dan marah dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, namun memilih untuk tidak terlalu mengambil pusing.
Sudah tentu saya rasa kecewa, marah dan saya tak tahu apa tujuan individu tersebut untuk menjatuhkan dia atau saya. Saya tak jangka akan terlibat dalam kontroversi tapi macam saya cakap ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Just move foward dan akaun tersebut pun dah tak ada.
Mengulas mengenai kesan kontroversi itu, Hisyam berkata Erysha paling terkesan memandangkan ketika isu itu timbul, dia sedang berdepan situasi sukar apabila arwah bapanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sudah tentu perkara itu memberi kesan kepada Erysha sebab masa benda itu jadi, saya dekat Singapura dan ayah dia pula dekat ICU. Jadi sudah tentu ia memberi kesan. Banyak perkara yang dia sedang lalui. Jadi, bagi saya biarkan saja gosip itu sebab lama kelamaan ia akan hilang sendiri.
Sementara itu, Hisyam turut menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan dan teman sekerja.
Kami berkawan on set dan luar set juga. Mungkin orang nampak macam saya seorang saja yang pergi kenduri tahlil arwah bapanya tapi sebenarnya ramai saja yang datang.
Perbezaanya kami sekarang tengah bekerjsama dekat set yang sama, jadi mungkin ia menjadi lebih menarik perhatian. Tapi tiada cinta-cinta la. Cinta sayang sebagai kawan dan teman sekerja.
The post ‘Kami Berkawan, Sayang Sebagai Teman Sekerja’ – Hisyam Hamid Jawab Hubungan Dengan Erysha Emyra first appeared on OHBULAN!.





