Agensi hiburan The Black Label telah mengesahkan bahawa mereka sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan hantaran berniat jahat terhadap pelakon, Park Bo Gum
Agensi saman individu komen jelik
View this post on Instagram
Pada 23 Jun, The Black Label memaklumkan bahawa tindakan tersebut dilakukan hasil laporan peminat serta pemantauan dalaman pihak agensi sendiri.
Beberapa individu yang didapati menyebarkan fitnah dan komen jahat terhadap Park Bo Gum telah disabitkan kesalahan dan dikenakan denda sebanyak 2 juta Won Korea.
Seorang lagi individu turut dirujuk kepada pihak pendakwaan selepas siasatan polis mengesahkan pertuduhan terhadapnya.
Agensi itu menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyebaran maklumat palsu, fitnah, penghinaan serta khabar angin jahat yang menyasarkan artis mereka.
Mereka juga akan terus memantau dan mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas pada masa akan datang demi melindungi artis di bawah naungan mereka.
Sumber: Instagram The Black Label
The post The Black Label Saman Individu Sebar Fitnah Terhadap Park Bo Gum first appeared on OHBULAN!.





