28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ’Tidak Terdaya Menahan Derita’ – Ibu Nekad Hantar Dua Anak Penagih Dadah ke Pusat Pemulihan

    Shopee Sale

    Seorang ibu terpaksa membuat keputusan paling getir dalam hidupnya apabila melaporkan kedua anaknya yang terjebak dadah kepada pihak berkuasa.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameng Kongsi Kisah Di Sebalik Tirai Besi – ‘Ketika Itu Saya Rasa Hidup Ini Sudah Habis’

    Artikel Berkaitan: Ameng Spring Terima Anugerah Ikon Antidadah, Netizen Bangga & Ucap Tahniah – ‘Dia Memang Layak Dapat’

    Dadah

    Menerusi perkongsian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda, ibu tersebut membuat keputusan itu dengan harapan anak-anaknya dapat mengubah nasib hidup mereka.

    Sebagai ibu tidak sepatutnya saya rasa bosan mendidik anak seperti ini tetapi sebagai manusia biasa, saya tidak terdaya menahan derita yang terpaksa saya tanggung dari muda hinggalah usia seperti ini, bermula dari seorang anak kepada anak yang lain.

    Dengan rasa berat hati, wanita itu memberikan kebenaran kepada pihak berkuasa untuk menempatkan mereka di pusat pemulihan.

    Katanya, walaupun tindakannya akan dikecam namun dia percaya itu langkah terbaik demi anak-anaknya.

    Mungkin saya ibu yang kejam kerana pernah minta pihak berkuasa menangkap dan masukkan anak ke pusat pemulihan.

    Tetapi itulah jalan terbaik untuk sekurangnya memberi sedikit sinar perubahan buat mereka.

    Mereka yang tidak mempunyai anak anak terlibat dadah tidak akan faham.

    Jelas wanita itu lagi, dia tidak pernah berputus asa terhadap kedua anaknya.

    MENARIK:  Jangan Lepaskan Peluang Cuti-Cuti Hebat di MATTA Fair 2025 Bersama RHB & Mitra!

    Dalam pada itu, AADK turut memaklumkan telah melawat dan memberikan bantuan ke rumah keluarga tersebut di Sungai Petani.

    Sebagai seorang ibu, saya tidak pernah putus asa dan akan terus berdoa agar kedua dua mereka sedar dengan apa yang mereka lakukan.

    AADK juga begitu atas tanggungjawab diberikan kita bersama sama membantu. AADK Kuala Muda hari ini menyantuni sebuah keluarga di Sungai Petani.

    Sumber: AADK

    The post ’Tidak Terdaya Menahan Derita’ – Ibu Nekad Hantar Dua Anak Penagih Dadah ke Pusat Pemulihan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah