28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lisa Surihani & Yusry ‘Throwback’ Detik Perkenalan, Hubungan Bermula Sebagai Rakan Industri – ‘Kami Tak Terus Dating’

    Shopee Sale

    Pelakon Lisa Surihani dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim, berkongsi detik perkenalan mereka sebelum bergelar pasangan suami isteri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yusry Sangat Komited Pada Kerja, Tapi Dia Tetap Nak Peluk Cium Anak-Anak’ – Lisa Surihani

    MENARIK:  [OHKASIH] Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox

    Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Kongsi Tip Baca Al-Quran Ketika Haji, Guna MP3 Untuk Jaga Adab Mushaf

    Yusry nampak Lisa dalam muzik video

    " data-video-id="7653798422746500373" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @borakseeni

    Tak bolehhh lahh min pun blushing bila dengar story pasangan sweet niii😍😍 Saksikan Borak SeeNI secara langsung, Selasa-Jumaat, 11 pagi di Astro Prima dan strim di Astro Go dan juga di aplikasi seeNi! Download aplikasi seeNI sekarang! Bagi sesiapa yang tidak dapat tengok secara live di TV, boleh juga strim di Youtube Borak SeeNi.

    ♬ original sound – borakseeni – borakseeni

    Menerusi satu video yang dikongsikan oleh TikTok Borak Seni, Yusry berkata dia masih mengingati detik pertama kali melihat Lisa ketika terlibat dalam pembikinan video muzik pada era Akademi Fantasia musim kedua.

    Saya jenis yang jarang tengok televisyen. Masa itu saya tengok muzik video Zahid kemudian perasan ada seorang gadis melintas jalan dan tertanya-tanya siapa dia. Itulah kali pertama saya nampak Lisa.

    Sementara itu, pasangan ini menjelaskan hubungan mereka tidak terus berkembang ke arah yang serius, sebaliknya bermula sebagai rakan dalam industri hiburan.

    Kami berkenalan dalam kadar yang perlahan dan bersesuaian. Makin mengenali antara satu sama lain, makin nampak keserasian itu,.

    Kami tak terus dating pun, hubungi melalui telefon dan bertanya khabar sebagai rakan industri. Lama-lama dah kenal, baru kami berjumpa.

    Lisa turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan dipermudahkan sehingga mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri.

    Alhamdulillah, Allah susun segalanya dengan baik dan kami dijodohkan bersama.

    Datin Lisa Surihani mendirikan rumah tangga bersama Datuk Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012. 

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith. 

    Sumber: TikTok Borak Seni

    The post [VIDEO] Lisa Surihani & Yusry ‘Throwback’ Detik Perkenalan, Hubungan Bermula Sebagai Rakan Industri – ‘Kami Tak Terus Dating’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah