Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli berkongsi keadaan terkini bekas adik iparnya Anes Ayunie yang mengalami komplikasi placenta accreta selepas bersalin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayunie Alami Kejadian Aneh, Makanan Sampai Ke Rumah Tanpa Dipesan – ‘Takut Orang Hantar Yang Bukan-Bukan’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Manusia Biasa, Tak Lari Dari Dosa & Kesilapan’ – Ayunie
Keadaan Ayunie
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Iqbal memaklumkan bahawa Ayunie telah selamat melahirkan bayinya namun, berdepan dengan situasi yang mengancam nyawa.
Menurut Iqbal, susulan masalah tersebut doktor terpaksa membuang rahim Ayunie berikutan pendarahan yang serius.
Alhamdulillah, bayi berjaya dilahirkan dengan selamat.
Namun, akibat pendarahan yang tidak berhenti dan dianggarkan melebihi tiga liter, pakar terpaksa melakukan pembedahan kali kedua serta membuang rahim bagi keselamatan nyawa.
Pagi ini Ayunie telah sedar dan berada dalam keadaan stabil di ICU.
Perkongsian Iqbal

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan hantaran berkenaan dan mendakwa Iqbal berkongsi tentang keadaan Ayunie tanpa keizinannya serta keluarga.
Iqbal kemudian tampil menjelaskan tindakan tersebut dan mempertahankan dirinya.
Setelah ada orang lain update dulu barulah saya update.
Kalau mereka tidak update di media sosial, saya pasti tidak sesekali update.
Tambah Iqbal, perkongsian tersebut dimuat naik susulan ramai yang menunggu tentang perkembangan terkini Ayunie.
Ini sebab ramai yang risaukan dan doakan menunggu perkembangan.
Sebarkan positiviti dan jangan timbulkan syak wasangka.
Sumber: Threads
The post Iqbal Zulkefli Kongsi Ayunie Alami Komplikasi ‘Placenta Accreta’ – ‘Pakar Terpaksa Lakukan Pembedahan Kali Kedua & Buang Rahim’ first appeared on OHBULAN!.





