Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jordan Chia berkongsi perjalanan transformasi berat badannya daripada 130 kilogram kepada tahap yang lebih sihat dengan mengubah tabiat pemakanan ketika makan di restoran mamak.
Artikel Berkaitan: Penat Urus Anak, Kerja & Rumah? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Kawal Emosi
Artikel Berkaitan: Nak Rumah Sejuk Tapi Jimat Elektrik? Cuba Buat 5 Perkara Ini
Sering makan maggi goreng ayam ‘double portion’

Menerusi satu perkongsian video di YouTube, Jordan Chia menjelaskan bahawa ramai beranggapan makanan di restoran mamak menjadi punca kenaikan berat badan, namun baginya masalah sebenar terletak pada pilihan makanan dan minuman yang dipesan.
Menurut Jordan, ketika berat badannya mencecah 130 kilogram, dia sering memesan maggi goreng ayam dalam kuantiti yang banyak, roti telur, serta minuman Milo ais kaw.
Jika anda rakyat Malaysia dan anda fikir makan di mamak akan buat anda gemuk, sebenarnya anda yang silap buat, bukan salah mamak.
Semasa berat saya mencecah 130 kg, setiap kali pergi mamak, pesanan makanan saya adalah maggi goreng ayam dua kali ganda portion, roti telur sebagai tambahan dan Milo ais kaw.
Itulah rutin pesanan makanan saya, dan saya masih tertanya-tanya kenapa berat badan asyik naik.
Bercerita lanjut, dia berkongsi bahawa satu insiden yang berlaku pada suatu malam telah mengubah kehidupannya apabila dia terjaga daripada tidur dan mengalami kesukaran bernafas.
Sekali gus, ia menyedarkannya bahawa perubahan perlu dilakukan demi kesihatan.
Kemudian, pada suatu malam, saya terjaga dari tidur dan saya tak dapat bernafas dengan betul. Hanya terbaring dalam gelap, tercungap-cungap.
Saat itulah saya sedar bahawa sesuatu perlu berubah.
Pilih ayam bahagian dada

Dalam pada itu, Jordan mengubah pesanannya setiap kali berkunjung ke restoran mamak dengan memilih thosai telur kerana kandungan proteinnya yang tinggi serta mampu memberikan rasa kenyang lebih lama.
Katanya lagi, bagi meningkatkan pengambilan protein, Jordan akan memesan ayam tandoori, khususnya bahagian dada ayam yang dianggap lebih rendah lemak dan tinggi kandungan protein.
Masa pesan, saya akan cakap, ‘Bro, kurang minyak sikit tau’.
Kalau saya nak tambah protein, saya akan ambil ayam tandoori.
Saya lebih suka bahagian dada ayam, kerana portion besar, rendah lemak dan tinggi protein.
Gabungan ini buat saya kenyang selama berjam-jam.
Dalam masa sama, Jordan turut menitikberatkan pemilihan minuman dengan hanya memesan teh O ais kosong tanpa gula bagi mengelakkan pengambilan kalori berlebihan.
Untuk minuman pula, saya akan pilih air Teh O ais kosong tanpa gula.
Anda tak perlu berhenti makan di mamak.
Anda cuma perlu tinggalkan pesanan lama yang menyebabkan berat badan naik.
Sumber: YouTube
The post Makan Di Mamak Bukan Punca Gemuk, Lelaki Ini Kongsi Tips Turun Berat Dari 130kg Dengan Order Thosai & Teh O Ais first appeared on OHBULAN!.





