Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan tampil bersuara ekoran isu pengantin dan jurusolek yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Syukur Berjaya Langsai Hutang RM1juta, Dedah Isu Pinjaman Mara Buat Ramai Kawan Menjauh
Artikel Berkaitan: Che Ta Tulis Nukilan Istimewa Sempena ‘Anniversary’ 12 Tahun – ‘Jika Hidup Seribu Kali Pun, Saya Akan Mencari Awak’
Isu jurusolek dan pengantin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, meluahkankan rasa berang terhadap pengalaman yang dikongsi golongan pengantin mengenai sikap segelintir jurusolek yang dianggap tidak profesional.
Tambah pelakon berusia 52 tahun itu, dia tidak pernah berhadapan masalah sikap dengan jurusolek sepanjang berpuluh tahun menapak nama dalam industri.
Baru-baru ini saya dengar ramai pengantin ada masalah dengan MUA.
Saya dah berpuluh tahun jadi artis, tak pernah ada masalah dengan makeup artis.
Yang profesional, bukan yang acah-acah baru nak hidup.
Baru dapat pelanggan sorang, kau dah berangan MUA tersohor.
MUA baru nak ‘up’

Dalam pada itu, Che Ta akui memilih untuk bekerjasama dengan jurusolek yang berpengalaman berbanding yang baru berjinak dalam dunia solekan.
Selain itu, isteri kepada pelakon Zaid Saidin sempat mengingatkan agar golongan bakal pengantin menempah jurusolek yang terkenal untuk mengelak berhadapan masalah sikap yang sama.
Kalau saya, tak kuasa nak ambil MUA yang baru nak naik.
Mungkin mereka rasa dah belajar dan ada teknik.
Tapi teknikal dan pratikal tak sama.
Jadi, untuk sesiapa nak menikah tolong lah ambil MUA yang terkenal seperti Najeeb, Kasih Cicie, Datuk Alha.
Mereka ini memang sempurna, tiada perangai pelik-pelik.
Imbas kembali, terdapat individu berkongsi pengalaman kurang menyenangkan dengan jurusolek yang didakwa mengeluarkan terma dan syarat selepas selesai pembayaran.
Selain itu, terdapat juga individu yang mendakwa jurusolek meminta untuk mengangkat peralatan solek sekali gus beranggapan tindakan tersebut tidak profesional.
Sumber: TikTok @rozitachewan1
The post [VIDEO] ‘Tak Kuasa Nak Ambil MUA Baru Nak Up’ – Che Ta Naik Darah Dengar Isu Pengantin Dengan Jurusolek first appeared on OHBULAN!.





