Pelakon Azar Azmi memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kes mahkamah yang melibatkan suaminya, Mohd Apri Hazreen Sapri.
Azar Azmi kunci mulut

Ketika ditemui , pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi, 37, menjelaskan bahawa dia menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung dan memilih untuk menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.
Bab tu saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab sebelum saya hadiri mana-mana acara ke atau berjumpa dengan sesiapa, saya sendiri yang ambil tindakan hubungi pihak yang tertentu.
Boleh ke andai kata kalau soalan-soalan begini saya jawab? Tapi bab ini saya tak boleh nak sentuh langsunglah sebab kita serahkan dekat pihak berkuasa.
Itu atas pengurusan dia orang. Sebab benda ini masih lagi berjalan (ongoing), jadi itulah yang saya boleh cakap.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya dia sedang berusaha mengumpul wang untuk membebaskan suaminya, pelakon drama Nur menafikan perkara tersebut.
Sebaliknya dia kini gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga dan anak-anaknya.
Kenyataan tu saya tak pernah keluarkan. Tak ada, bukan saya.
Fokus saya sekarang adalah untuk mencari duit menyara keluarga dan membesarkan anak-anak.
Dalam perkembangan lain, Azar meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk kembali kini menghiasi kaca televisyen menerusi drama Bicara Hati.
Gementar tetapi Alhamdulillah masih ada lagi tempat untuk saya dalam industri ini.
Memang agak kekok tetapi pengarah banyak beri tunjuk ajar sebab lama saya tinggalkan dunia lakonan dan perlu diasah semula.
The post Azar Azmi Enggan Ulas Kes Mahkamah Suami, Sibuk Cari Duit Besarkan Anak-Anak first appeared on OHBULAN!.





