30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ammar Alfian Tegur Sikap Peminat Terlalu Taasub Hingga Keliru Watak & Diri Sebenar Pelakon

    Shopee Sale

    Pelakon, Ammar Alfian meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir peminat yang terlalu taasub dengan karakter pelakon sehingga gagal membezakan antara lakonan dan realiti.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Alfian Bakal Bersara, Mahu Ubah Karier – ‘Saya Pun Dah Nak Dekat 40’

    Artikel Berkaitan: ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita

    Taasub

    View on Threads

    Menerusi satu komen di Threads, pemilik nama Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, berkata segelintir peminat sering menghukum seseorang pelakon berdasarkan watak jahat yang dibawakan di kaca televisyen sehingga persepsi itu terbawa-bawa ke alam realiti.

    Ammar yang sinonim dengan watak antagonis berkata peminat tidak sepatutnya menilai peribadi seseorang artis hanya berdasarkan lakonan semata-mata.

    Kalian terlalu taasub dengan karakter dan lakonan pelakon tu sampai dia berlakon jadi jahat pun orang tetap fikir dalam kehidupan sebenar jahat.

    Ramai hero-hero kesukaan kalian yang berlakon bukan main baik lagi tengok pun cair but pada kehidupan sebenar perangai tak elok tapi kalian tidak mahu bising pula?

    Dalam pada itu, Ammar turut mendakwa ramai yang sudah tertipu dengan lakonan palsu yang ditonjolkan oleh sesetengah selebriti.

    MENARIK:  [VIDEO] Pelakon 'From Saga With Love 2' Terjebak dalam 'Prank' Hun Haqeem - 'Saya Telah Menjangkakan'

    Ammar turut menyatakan sikapnya yang sentiasa menjadi diri sendiri menyebabkan ada segelintir pihak kurang selesa dengannya.

    Kebanyakannya, kalian sudah kena tipu dengan para pelakon yang hanya tunjuk ‘fake’.

    Saya sentiasa menjadi diri sendiri sebab itulah puak-puak ni tak boleh tahan dengan perangai saya sebab mereka ni semua penipu dan penyamar.

    Sumber: Threads

    The post Ammar Alfian Tegur Sikap Peminat Terlalu Taasub Hingga Keliru Watak & Diri Sebenar Pelakon first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah