31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Salina Saibi Titip Pesanan Kepada Pelakon & Produksi Gerak Khas 2.0 – ‘Tidak Boleh Pergi Disko, No Ganja’

    Shopee Sale

    Pelakon, Salina Saibi menitipkan pesanan tegas kepada seluruh warga produksi Gerak Khas 2.0 supaya menjaga disiplin dan mengelakkan sebarang salah laku yang boleh mencemarkan imej drama berkenaan.

    Artikel Berkaitan: Pernah Jadi Inspektor, ASP Hingga DSP, Ini 8 Pelakon Wanita Terkenal Dengan Watak Kepolisan

    Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Kembali Dengan Gerak Khas 2.0, Nafi Guna ‘Kabel’ – ‘Semangat Juang Saya Sebab Minat Dengan Dunia Kepolisian

    Pesanan untuk produksi

    Menerusi satu video yang tular, Salina, 44, memberikan peringatan kepada barisan pelakon dan kru sebelum penggambaran bermula, termasuk mengingatkan mereka agar tidak terjebak dengan aktiviti yang mengundang kontroversi.

    Sebagai artis kena jaga tingkah laku. Ramai mata yang memandang dan mencari salah kita. Pertama, tidak boleh pergi disko. Dalam tempoh lima bulan, orang akan cari kesilapan.

    Gerak Khas ini ramai yang dengki dengan kita. Jangan sebab awak kita hancur. Kedua, tak boleh minum di set. No ganja, no dadah. Jangan buat kes polis.

    Dalam perkongsian sama, Salina turut menegaskan bahawa tindakan seorang individu mampu memberi kesan kepada keseluruhan produksi, lebih-lebih lagi drama itu bertemakan pasukan polis dan sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

    Sebab kita bawa nama Gerak Khas, orang ramai memantau. Ketepatan masa sangat kita jaga. Kita tak mahu lambat, kena tepati masa.

    Turut kelihatan dalam video tersebut ialah penerbit Datuk Yusof Haslam bersama beberapa pelakon dan kru produksi yang sedang bersiap sedia memulakan penggambaran Gerak Khas 2.0.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Pakai Lampin Sebelum Tidur & Minum Susu Guna Botol Bayi’ – Isteri Dedah ‘Habit’ Pelik Suami

    Terdahulu seorang pelakon wanita yang terbabit dalam drama berkenaan dilaporkan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan kerana disyaki positif dadah jenis methamphetamine bersama 17 individu lain.

    Sumber: Threads

    The post Salina Saibi Titip Pesanan Kepada Pelakon & Produksi Gerak Khas 2.0 – ‘Tidak Boleh Pergi Disko, No Ganja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah