30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syed Saddiq Luah Hasrat Mahu Kahwin Depan Anak-Anak Bella Astillah, Siap Lukis Buat Ara Adreanna 

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti terkenal Bella Astillah dan ahli politik Syed Saddiq sekali lagi menyorot perhatian warganet kali ini dengan perkongsian sebuah momen indah bersama anak-anak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mencintai Bella Astillah Juga Kerana Kedua Anaknya Iaitu Ayden & Ara’ – Syed Saddiq

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah

    Syed Saddiq & anak-anak

    View this post on Instagram

    A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

    Menerusi hantaran di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, memuat naik sebuah video memaparkan tunangnya sedang menjelaskan kepada Ayden dan Ara tentang hasrat mereka untuk berumah tangga.

    Ketika itu, Ahli Parlimen Muar tersebut memaklumkan kepada anak-anak Bella bahawa mereka akan bertunang dan bakal disatukan menjadi suami isteri sebelum penghujung tahun ini.

    Syed Saddiq kemudian dilihat menjelaskan mengenai hasratnya itu kepada Ara dengan melukis tentang keluarga mereka yang akan dibina tidak lama lagi.

    Dalam masa yang sama, Syed Saddiq juga berkata, dia berjanji akan menjaga keluarga mereka dengan baik.

    MENARIK:  Cantik Tapi Bahaya? Ini Risiko Bulu Mata Palsu Yang Korang Kena Tahu!

    Menurut Bella, video tersebut merupakan antara detik yang tidak akan dilupakan kerana terkandung kenangan indah bersama anak-anak dan lelaki yang dicintainya.

    Video ini dirakam pada tahun lalu iaitu November 2025, ketika kami sekeluarga melalui satu momen yang sangat bermakna.

    Walaupun durasinya beberapa minit, tetapi setiap detik menyimpan memori yang sangat berharga.

    Komen netizen

    Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama warganet di laman Thread yang rata-rata terharu melihat momen itu.

    Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis pada 28 Mac lalu.

    Imbas kembali, Bella rumah tangga dengan aktor Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Syed Saddiq Luah Hasrat Mahu Kahwin Depan Anak-Anak Bella Astillah, Siap Lukis Buat Ara Adreanna  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah