30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serangan AS ke atas Iran cetus amaran keselamatan tinggi di rantau Teluk

    Shopee Sale

    Qatar mengeluarkan amaran keselamatan kecemasan, manakala siren amaran dibunyikan di Bahrain dan Kuwait awal Khamis selepas gelombang baharu serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran mendorong peningkatan langkah keselamatan di seluruh Teluk.

    Anadolu Ajansi melaporkan Kementerian Dalam Negeri Qatar menerusi mesej kecemasan kepada rakyat dan penduduk memaklumkan tahap ancaman keselamatan adalah tinggi serta menggesa orang ramai supaya kekal berada di rumah atau di lokasi yang selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

    Kementerian Dalam Negeri Bahrain pula memaklumkan siren amaran dibunyikan dan menggesa rakyat serta penduduk supaya bertenang dan menuju ke lokasi perlindungan yang terdekat.

    Kuwait turut mengaktifkan siren amaran, menurut agensi berita rasmi negara itu, Kuna.

    Perkembangan itu menyusuli laporan media Iran mengenai gelombang baharu serangan AS lewat Rabu yang menyasarkan beberapa lokasi di selatan dan tenggara Iran.

    Komando Pusat Tentera (Centcom) AS memaklumkan bahawa tentera negara itu sedang melancarkan serangan tambahan ke atas Iran bagi melemahkan keupayaan Tehran untuk mengancam kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.

    Ancaman Trump

    MENARIK:  Bekas CEO SMM mahu saman pegawai pengganti

    Sementara itu, AFP melaporkan Presiden Donald Trump memberi amaran pada Rabu bahawa pengeboman mereka terhadap Iran akan meningkat dengan ketara jika Tehran berterusan menyerang kapal-kapal di Selat Hormuz.

    "Ini adalah susulan pengeboman beberapa kapal oleh Iran semalam. Jika ia berlaku lagi, ia akan menjadi jauh lebih buruk!" tulis presiden AS itu di media sosial bersama sekeping gambar yang menunjukkan situasi pengeboman di sebuah tapak di Iran.

    Trump menegaskan semula mesej itu ketika bercakap dengan wartawan di atas Air Force One, ketika dalam perjalanan pulang daripada sidang kemuncak Nato di Turkiye.

    "Kita baru sahaja menyerang mereka dengan sangat hebat, dan saya kata setiap kali mereka serang, kita akan membalas dengan menyerang mereka 20 kal ganda,” kata Trump kepada wartawan.

    "Dan kita melakukannya malam tadi. Mereka melakukan sesuatu yang kecil hari ini, tetapi ia sebenarnya adalah pembalasan untuk malam tadi."

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah