Pempengaruh media sosial dan usahawan, Mia Azhar mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa ejekan rakan-rakan ketika berusia 10 tahun.
Artikel Berkaitan: Ulas Makanan Tanpa Diminta, Peniaga Puji Sikap Ikhlas Mia Azahar – ‘Aku Tak Suruh Pun Dia Reviu, Semoga Murah Rezeki’
Kesan diejek

Menerusi satu hantaran di Threads, Mia berkongsi bahawa dia diejek kerana memiliki kening yang tebal sehingga mendorongnya membuat keputusan untuk mencukur keningnya.
Masa sekolah SJKC dulu, umur saya 10 tahun, pernah kena ejek kening tebal.
Saya balik rumah cukur kening pakai shaver ayah saya.
Dalam pada itu, Mia menegaskan bahawa perbuatan membuli boleh memberi kesan yang mendalam sehingga mendorong seseorang membuat keputusan di luar pertimbangan yang sepatutnya.
Ya, kesan dibuli memang boleh menyebabkan kita buat keputusan yang kurang baik.
Botak kening saya masa itu.
Lepas tu saya ambil pensil kening ibu dan lukis semula.
Sumber: Threads
The post ‘Pernah Kena Ejek Kening Tebal’ – Mia Azhar Dedah Pernah Dibuli first appeared on OHBULAN!.





