31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Anwar rayu rakyat beri peluang pada PH

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim merayu rakyat Johor memberi peluang kepada PH untuk berkhidmat kepada negeri itu, menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Sabtu ini.

    Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu beriltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kepentingan Johor, sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

    “Berbaki hanya beberapa hari sebelum rakyat Johor membuat pilihan, saya merayu agar diberikan peluang kepada PH untuk berkhidmat kepada negeri ini.

    “Insya-Allah, kami akan bekerja bersungguh-sungguh, mempertahankan kepentingan Johor dan memastikan kemajuan yang dibawa benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya.

    MENARIK:  Pendukung Najib berkumpul di Kompleks Mahkamah KL

    Anwar turut menyeru anak-anak Johor supaya pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Sabtu ini.

    Menerusi hantaran berasingan semalam, dia menggunakan serangkap pantun bagi mengajak pengundi pulang mengundi demi masa depan negeri.

    “Laksa Johor tiada tandingan,

    Warisan nenda dikenang selalu;

    Ayuhlah pulang membawa harapan,

    Makmurlah negeri bertambah maju.”

    PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah