29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Balik mengundi, jangan boikot pilihan raya – Dong Jiao Zong

    Shopee Sale

    Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina atau Dong Jiao Zong (DJZ)menggesa pengundi di Johor dan Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya negeri (PRN).

    Gabungan itu mengingatkan pengundi supaya tidak memboikot pilihan raya walaupun kecewa dengan perkembangan politik semasa.

    Menurut mereka, tindakan itu hanya akan menguntungkan pihak yang mengabaikan hak pendidikan dalam pelbagai aliran.

    “Nilai setiap undi di tangan setiap warga Johor dan Negeri Sembilan tidak wajar disia-siakan hanya kerana rasa tidak puas hati terhadap situasi semasa. 

    “Sebaliknya, mereka harus keluar mengundi demi mempertahankan pendidikan bahasa ibunda dan kemajmukan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu dikeluarkan petang ini, tiga hari sebelum PRN Johor, Sabtu ini.

    DJZ adalah gabungan dua persatuan pendidikan paling berpengaruh dalam kalangan masyarakat Cina.

    Mereka juga mendesak semua calon menyatakan pendirian yang jelas mengenai pendidikan bahasa ibunda dan sekolah pelbagai aliran.

    Gabungan itu berkata calon serta gabungan parti politik perlu memberi komitmen yang telus terhadap usaha mengekalkan dan membangunkan sekolah pelbagai aliran serta menjamin kesamarataan hak pendidikan bahasa ibunda bagi semua kaum.

    “Ketika membentangkan manifesto, para calon dan gabungan parti politik harus mengemukakan pendirian yang telus dan jelas berhubung pengekalan dan pembangunan sekolah pelbagai aliran, serta kesamarataan hak bagi pendidikan bahasa ibunda semua kaum.

    MENARIK:  Syarikat milik Zamsaham berdepan sita, gagal selesai tuntutan RM200k

    “Hanya calon yang memberikan komitmen konkrit dan menyatakan pendirian yang jelas terhadap pendidikan pelbagai aliran wajar menerima mandat dan sokongan daripada pengundi,” menurut kenyataan itu.

    DJZ juga menggesa calon mengadakan debat dasar secara terbuka supaya pengundi dapat menilai falsafah pentadbiran serta pendirian mereka terhadap isu pendidikan.

    Menurut kenyataan itu juga, pengagihan sumber pendidikan negara dan layanan terhadap sekolah pelbagai aliran perlu berasaskan prinsip kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman bagi menjamin hak setiap pelajar menerima pendidikan yang saksama.

    DJZ turut mengingatkan semua calon supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat melalui dasar serta prestasi, bukannya meraih sokongan berasaskan kaum.

    Gabungan itu juga menyeru pengundi mengundi secara rasional dan bertanggungjawab, mempertahankan sistem perlembagaan sekular negara serta bersama-sama membangunkan masyarakat berbilang budaya.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian bagi PRNK Johor ke-16 dan PRN Negeri Sembilan pula ditetapkan pada 1 Ogos.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah