33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Remy Ishak Tampil Imej Tindik Hidung – ‘Ini Tipu Ja, Bagilah Chance Nak Cuba Gaya Baru’

    Shopee Sale



    Penampilan pelakon kacak, Remy Ishak sewaktu hadir ke majlis tayangan perdana drama bersiri ‘The Secret’ pada petang Rabu ternyata mengejutkan para pengunjung yang hadir.

    Mana taknya, pelakon berusia 42 tahun itu tampil dengan imej tindik di bahagian hidung.

    ‘Dah tak kisah dikecam’

    Ketika ditemui , Remy menjelaskan bahawa cincin hidung yang dipakainya adalah palsu dan sekadar fesyen semata-mata.

    Menurut pelakon yang terkenal menerusi filem ’29 Februari’ ini lagi, dia tidak kisah sekiranya dikecam netizen memandangkan dirinya sudah pun menjadi seorang ayah.

    Tindik hidung ini tipu tau, cuma sekadar fesyen, bagilah peluang.

    Dulu saya tak boleh nak buat gaya macam ini. Kalau buat, saya akan teruk dikecam kerana status saya yang belum berkahwin dan tidak punyai anak.

    Sekarang dah ada dua-dua itu, terpulanglah kalau netizen nak kecam.

    Remy berkongsi perkara tersebut di majlis tayangan perdana episod pertama bagi drama berkenaan yang diadakan di GSC Mid Valley pada petang Selasa.

    Ketika ditanya mengenai berat badannya yang kelihatan susut, Remy menjelaskan bahawa dia dan isteri baru sahaja pulih daripada demam dan jangkitan Influenza B pada bulan lalu.

    Bulan lalu saya kena Influenza B sewaktu buat teater dekat Melaka. Balik dari teater tu penat semacam dan bila buat ujian kena Influenza B.

    Saya risau kena jangkitan pada anak sebab isteri saya pun berjangkit daripada saya, tapi syukur antibodi bayi kuat.

    Seminggu saya kena kuarantin dan kerja lakonan lain terpaksa ditangguhkan.

    Sekadar info, Remy bakal tampil menerusi satu drama bersiri ‘The Secret’ yang akan mula ditayangkan pada 22 Ogos ini menerusi penstriman Viu.

    MENARIK:  [VIDEO] Mak Semah Sayang Menantu Macam Kawan, Pesan Pada Mentua Untuk Jadi Contoh – ‘Saya Tak Bagi Mereka Masak, Penat Kerja’

    Selain Remy, drama bersiri ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Fatimah Abu Bakar, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah