Peguam syarie mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan memaklumkan ketidakhadiran anak guamnya pada hari ini adalah disebabkan komitmen kerja yang perlu diselesaikan.
Artikel Berkaitan: Soal Nikah Bukan Keutamaan, Adira Mahu Fokus Urusan Mahkamah – ‘Macam Mana Nak Kahwin? Kes Ini Belum Selesai’
Artikel Berkaitan: Mahkamah Tolak Permohonan, Kes Pengesahan Rujuk Datuk Red Terhadap Adira Tangguh
Tak pergi honeymoon

Ketika ditemui , Muhammad Akmal menafikan dakwaan anak guamnya pergi bercuti berbulan madu bersama isteri baharunya, Rohanita.
Tidak (bukan pergi berbulan madu). Datuk Red tak dapat hadir sebab saya dimaklumkan pagi tadi yang dia ada urusan, tapi bukan pergi mana-mana seperti yang dinyatakan.
Dia ada di sini (dalam kawasan) cuma tak dapat datang pada pagi ini.
Muhammad Akmal berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding pengesahan rujuk yang difailkan berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat, di sini, hari ini.
Menurut Muhammad Akmal, Datuk Red telah memaklumkan lebih awal mengenai kemungkinan tidak dapat hadir ke mahkamah.
Katanya pengesahan itu dibuat kepadanya pada pagi ini.
Semalam dia ada maklumkan kepada saya kemungkinan tak dapat datang pada hari ini.
Pagi tadi baru dia beri konfirmasi yang dia tidak dapat hadir pada pagi ini.
Tapi tidak mengapa sebab sudah ada wakil peguam jadi saya boleh wakilkan.
Mengulas lebih lanjut, Muhammad Akmal menjelaskan tidak menjadi satu masalah sekiranya anak guamnya itu tidak hadir kerana sudah selesai memberi keterangan.
Menyentuh mengenai prosiding seterusnya, Muhammad Akmal berkata dia tidak dapat memberikan kepastian mengenai kehadiran anak guamnya, namun perkara itu telah dimaklumkan kepadanya.
Saya tidak pasti lagi.
Saya dah maklumkan untuk Datuk Red hadir.
Kalau tak datang pun tiada masalah.
Terdahulu, mahkamah menetapkan 3 September sebagai tarikh sambungan prosiding pengesahan rujuk yang difailkan oleh Datuk Red terhadap Adira bagi mendengar keterangan lanjut defendan.
Terdahulu, mahkamah menolak permohonan penarikan balik kes yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.
Sebelum ini, Datuk Red melalui permohonan difailkan pada 18 Disember lalu mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian.
Bagaimanpun, Adira meluahkan rasa terkejut dengan dengan tindakan Datuk Reddan mendedahkan usahawan itu turut meminta bayaran sebanyak RM100,00 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes rujuk.
Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.
The post ‘Datuk Red Tak Pergi ‘Honeymoon’, Ada Urusan Kerja’ – Peguam first appeared on OHBULAN!.





