31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fenomena Wattpad ‘Yes! Captain Zul Aaryan’ Kini Di TV3, Gandingan Mantap Anna Jobling & Jazmy Juma

    Shopee Sale

    Kalau korang salah seorang peminat novel atau Wattpad, mesti dah familiar dengan Yes! Captain Zul Aaryan kan?

    Selepas mencetuskan fenomena dengan lebih 2.48 juta bacaan di Wattpad dan jualan melebihi 40,000 naskhah, karya popular nukilan Wnfhanna akhirnya bakal menemui penonton menerusi slot Akasia TV3, bermula 10 Julai ini.

    Lebih menarik, drama ini dibawakan khas bersama Cadbury Dairy Milk Biscoff, gabungan yang sama serasinya seperti pasangan utama dalam drama ini.

    Kisah cinta yang bermula dengan pergaduhan

    Drama bersiri 30 episod terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan skrip hasil nukilan Rozie Rashid.

    Menampilkan Jazmy Juma sebagai Zul Aaryan dan Anna Jobling sebagai Zara Andrea, drama ini mengisahkan seorang juruterbang yang juga CEO, Zul Aaryan, yang memilih untuk menutup pintu hatinya selepas dikhianati oleh bekas kekasih.

    Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu Zara Andrea, seorang pelatih praktikal yang berani bersuara dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa.

    Hubungan mereka yang pada awalnya dipenuhi pertelingkahan, sindiran dan perbezaan pendapat akhirnya berubah apabila tekanan keluarga menemukan mereka dalam satu ikatan yang langsung tidak dijangka.

    Persoalannya, mampukah dua insan yang sering bertelagah ini mengenali hati masing-masing dan menemui cinta di sebalik segala konflik?

    Selain Anna Jobling dan Jazmy Juma, drama ini turut dibintangi Natasha Sass, Nafiz Muaz, Daniel Fong serta ramai lagi pelakon berbakat.

    Jazmy Juma anggap watak juruterbang sebagai impian

    Menurut Jazmy, watak Captain Zul Aaryan merupakan antara karakter yang paling bermakna sepanjang karier lakonannya.

    Malah, membawa watak sebagai seorang juruterbang juga merupakan salah satu impiannya sebagai pelakon.

    “Captain Zul Aaryan ialah watak yang sangat menarik dan saya bersyukur kerana diberi peluang menghidupkan karakter ini di skrin. Membawakan watak seorang juruterbang juga merupakan antara impian dalam bucket list saya sebagai pelakon.”

    Tambahnya lagi, keserasian bersama Anna Jobling banyak membantu sepanjang penggambaran.

    “Harapnya penonton bersedia menaiki penerbangan Captain Zul Aaryan ini kerana tidak semua penerbangan melalui langit yang cerah, begitu juga perjalanan Zul Aaryan dan Zara Andrea.”

    Bagi Anna pula, kekuatan Yes! Captain Zul Aaryan bukan hanya terletak pada kisah percintaan semata-mata, tetapi bagaimana hubungan kedua-dua watak berkembang melalui pelbagai cabaran.

    “Hubungan Zul Aaryan dan Zara Andrea tidak terus berubah dalam sekelip mata, sebaliknya berkembang melalui pelbagai konflik, salah faham dan detik yang mengajar mereka tentang kepercayaan, pengorbanan serta kasih sayang.”

    Anna berharap penonton dapat menikmati perjalanan emosi setiap watak sehingga ke penghujung cerita.

    MENARIK:  Ezzanie Jasny & Noki Dah Tak Rapat, Melangkah ke Arah Haluan Masing-Masing

    Bagi memberikan pengalaman yang lebih realistik kepada penonton, pengarah Nizam Zakaria mendedahkan bahawa penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi termasuk kokpit, pesawat, hangar dan lapangan terbang.

    Menurutnya, setiap visual dipilih bagi menyokong perkembangan emosi watak dan membawa penonton menyelami dunia penerbangan yang menjadi latar utama kisah cinta Zul Aaryan dan Zara Andrea.

    Gandingan yang serasi, sama seperti Cadbury Dairy Milk Biscoff

    Melengkapkan lagi pengalaman menonton drama ini, Cadbury Dairy Milk Biscoff tampil sebagai rakan kolaborasi yang menyatukan dua elemen yang saling melengkapi.

    Sama seperti keserasian antara Anna Jobling dan Jazmy Juma di layar, Cadbury Dairy Milk Biscoff menggabungkan kelembutan coklat susu Cadbury dengan rangupan karamel Biscoff, menghasilkan gabungan yang cukup istimewa.

    Jangan lupa saksikan Yes! Captain Zul Aaryan bermula 10 Julai 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3.

    Kalau terlepas di TV, korang juga boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran TV3 melalui laman web atau aplikasi iQIYI.

    Ikuti juga perkembangan terkini di media sosial TV3Malaysia dan @dramasangat.

    #CadburyBiscoff #WeBelongTogether #YesCaptainZulAaryan

    The post Fenomena Wattpad ‘Yes! Captain Zul Aaryan’ Kini Di TV3, Gandingan Mantap Anna Jobling & Jazmy Juma first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah