33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Berdamailah Dengan Takdir Demi Kebahagiaan Anak’ – Fazura

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Fazura tampil memberi pandangan terhadap pasangan yang bercerai agar meletakkan kebahagiaan anak-anak sebagai keutamaan.

    Artikel Berkaitan: Fazura Syukur Dikelilingi Individu Positif – ‘Di Kala Hati Merasa Cukup Penat …’

    Artikel Berkaitan: ‘Lagu Kisah Terbaik Bukan Sekadar Cinta, Tetapi Tentang Menerima Setiap Pengalaman Yang Membentuk Diri’ – Fazura

    Kejam pisahkan anak

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat gagal menahan sebak ketika bertemu semula dengan anaknya selepas dipercayai sekian lama terpisah.

    Yang bercerai, jangan lah pisahkan anak-anak dengan bekas pasangan. Dia tetap darah daging kita.

    Bagaimanapun, perkongsian tersebut meraih perhatian Fazura yang turut sebak melihat momen pertemuan individu berkenaan dengan anak lelakinya.

    MENARIK:  Dikatakan Terlalu ‘Over’ Menari, Aisha Retno Terima Teguran Ramai – ‘Harap Boleh Berikan Fokus Kepada Album Terbaharu Saya’

    Selain itu, Fazura menyifatkan tindakan memisahkan anak daripada ibu atau bapa sebagai satu perbuatan yang kejam.

    Sedihnya.

    Jelas anak itu amat merindukan bapanya.

    Perbuatan memisahkan anak dari ibu dan bapa dengan sengaja amatlah kejam.

    Dalam pada itu, Fazura sempat menitipkan pesanan agar menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka demi mengutamakan kebahagiaan anak.

    Berdamailah dengan takdir demi kebahagiaan anak yang seharusnya menjadi keutamaan kita.

    Sumber: Threads @missfazura

    The post ‘Berdamailah Dengan Takdir Demi Kebahagiaan Anak’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah