29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mak Semah Sayang Menantu Macam Kawan, Pesan Pada Mentua Untuk Jadi Contoh – ‘Saya Tak Bagi Mereka Masak, Penat Kerja’

    Shopee Sale



    Asmah Mohd Ali atau lebih mesra disapa Mak Semah menitipkan pesanan untuk para mentua agar menjadi contoh yang terbaik kepada menantu.

    Jadi contoh kepada menantu

    " data-video-id="7474787380235439378">
    @pamaksemah Nasihat Cik Semah pagi2…????#LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #sembangciksemah #?? ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

    Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, ibu kepada pengarah dan penerbit, Erma Fatima iaitu Mak Semah dilihat bersama menantunya sambil menjamu selera.

    Hubungan saya dengan menantu macam kawan-kawan.

    Saya tidak anggap dia macam menantu.

    Kalau kita nak menantu hormat kita, kita kena jadi contoh.

    Kita kena tunjukkan keikhlasan pada menantu.

    Baru dia sayang kita.

    Dalam pada itu, Mak Semah meluahkan sayang kepada kesemua menantunya kerana telah berkorban melahirkan cucu-cucunya.

    Sayang menantu

    Berkongsi lebih lanjut, Mak Semah berkata, dia tidak membenarkan menantunya untuk masak di dapur.

    MENARIK:  Anak Lelaki Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi! Kali Ini Dalam Acara Larian 200m Kejohanan Olahraga MSSD

    Menurutnya, menantu sudah penat bekerja dan enggan menambah beban mereka.

    Kalau cuti, saya biarkan menantu buat apa saja.

    Tak perlu masak, saya akan masak dan saya ada pembantu rumah.

    Menantu kita kerja penat.

    Saya memang sayang menantu saya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah