30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putrajaya setuju kaji semula pelaksanaan e-invois

    Shopee Sale

    Jemaah menteri semalam bersetuju mengkaji semula pelaksanaan e-invois dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerja bukan warganegara.

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

    Kata Ahmad Zahid, kajian itu antara lain adalah bagi menangguhkan pelaksanaan dua ketetapan berkenaan yang disifatkan membebankan golongan peniaga dan majikan.

    “Permintaan terhadap dua perkara ini diusulkan BN sendiri dan terima kasih perdana menteri dan kerajaan perpaduan serta semua anggota jemaah menteri yang memberi sokongan dan dukungan terhadap saranan diutarakan,” katanya.

    Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Iskandar Puteri di Johor Bahru hari ini.

    Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata keputusan kajian semula amat penting ketika negara berhadapan dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis di Asia Barat.

    Pelaksanaan e-invois yang merupakan satu usaha untuk memperkukuh pentadbiran cukai bermula 1 Ogos 2024. Ia juga dibuat bagi meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    MENARIK:  Bantuan RM200 cukup tampung peningkatan harga diesel, kat MOF

    Caruman wajib (mandatori) KWSP sebanyak dua peratus bagi pekerja bukan warganegara pula dilaksanakan bermula gaji Okt tahun lepas.

    Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Ahmad Zahid merakamkan penghargaan kepada Anwar atas persetujuan perdana menteri memberikan pelanjutan tempoh pelepasan cukai kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) selama 10 tahun.

    Ahmad Zahid menyifatkan langkah itu menujukkan keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik.

    “Ya TAR UMT itu ada kaitan dengan MCA, tapi keputusan ini penting kerana yang diterima masuk di situ bukanlah daripada anak-anak MCA sahaja, anak DAP pun ada, anak-anak Sabah dan Sarawak pun ada,” katanya.

    Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata institusi pengajian tinggi itu tetap perlu mengemukakan laporan kewangan dan audit tahunan mereka kepada Kementerian Kewangan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah