31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dahsyat Cara Awak Cari Rezeki, Saya Doa Tak Akan Hidup Senang’ – Ojen Aiwahhh

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojen Aiwahhh tampil meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa menggunakan nama serta jenama perniagaannya untuk mencetuskan kontroversi di media sosial demi meraih keuntungan melalui komisen jualan.

    Artikel Berkaitan: ‘Yang Bijak Akan Nilai Dengan Hati’ – Ojen Aiwahhh Reda Kunafa Terus Dihujani Cacian

    Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Anggap Kunafa Pencuci Mulut Kurang Sihat, Bukan Label Makanan Sampah’ – Ojen Aiwahhh ‘Down’ Seharian

    Tak hina B40

    Menerusi satu hantaran di Threads, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 30, mendakwa terdapat individu yang memuat naik kandungan berkaitan perniagaannya, Kunafa Aiwahhh, dengan memaparkan keadaan khemah kosong serta mengaitkan dirinya dengan dakwaan menghina golongan B40.

    Memang dah jadi trend post Booth Kunafa Aiwahhh kosong pastu letak link affiliate?

    Macam mana boleh hidup tenang?

    Post khemah kosong, tak beratur, kononnya.

    Selepas itu, letak title besar besar ‘Ojen Aiwahhh hina B40’.

    Bila masa saya hina B40?

    Kata Ojen lagi, sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri, namun tindakan tersebut didakwa telah mencetuskan kebencian terhadap dirinya.

    Dah lama saya diam.

    Too much, posting kebencian.

    Orang bertubi-tubi komen buruk pasal saya, lepas itu view naik dan letak link affiliate.

    Dalam pada itu, Ojen menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan tindakan sedemikian yang didakwa dilakukan semata-mata untuk mengaut keuntungan.

    Dahsyat cara awak cari rezeki.

    Busuk betul perangai.

    Saya tak akan maafkan dan saya doakan awak tak akan hidup senang.  

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Awie Pening Cari Lokasi Rock Warrior Music Festival – ‘Ada Penganjur Berebut Tempah Vanue, Tapi Tak Tahu Nak Anjur Konsert Apa’

    The post ‘Dahsyat Cara Awak Cari Rezeki, Saya Doa Tak Akan Hidup Senang’ – Ojen Aiwahhh first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah