Bagi mengelakkan sebarang isu, pihak produksi Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) menasihatkan semua pemegang tiket supaya mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan ketika menghadiri acara berprestij itu.
Artikel Berkaitan: AJL40 Angkat Tema Evolusi & Masa Depan Muzik Malaysia, Faizal Tahir & Hael Husaini Terima Anugerah Ikon
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Nafi Buat Gimik Umum Kahwin Di Pentas AJL40, Mahu Fokus Pada Persembahan
Isu pakaian

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran semua peminat, namun berharap mereka dapat menghormati majlis dengan berpakaian sopan serta mematuhi etika pemakaian mengikut jantina.
Kami meraikan semua pembeli tiket Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40). Mereka patut berpakaian yang sepatutnya.
Kami tidak mahu mengongkong atau menghalang kreativiti pembeli tiket yang ingin tampil bergaya dan melaram pada AJL40.
Namun, kami berharap semua pembeli tiket menghormati atur cara pada malam tersebut dengan mematuhi etika pemakaian yang betul mengikut jantina.
Kalau tidak mahu ikut etika pemakaian, bolehlah menonton AJL40 menerusi Tonton di rumah.
Nini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL40: First Look yang berlangsung di Hotel St Regis, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Nini turut mengingatkan orang ramai supaya membaca syarat dan terma yang tertera pada belakng tiket bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika memasuki lokasi acara.
Di belakang setiap tiket sudah dinyatakan syarat, terma dan larangan, jadi sila baca maklumat tersebut dengan teliti. Pihak kami juga akan membuat pemantauan di pintu masuk.
Malam kemuncam AJL40 bakal dihoskan oleh Nazz Rahman dan Sissy Iman.
AJL40 akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026, bermula pukul 9 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta platform penstriman Tonton.
The post AJL40: TV3 Tak Halang Penonton Melaram, Namun Pakaian Perlu Sopan & Bersesuaian Dengan Jantina first appeared on OHBULAN!.





