Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menafikan anak sulungnya iaitu Nayla Mikayla dipilih sebagai ‘support sister‘ dalam program The Chosen One musim ketiga adalah disebabkan pengaruhnya.
Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Berhasrat Jadikan Rumah Di Kampung Sebagai Madrasah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terus Ke Masjid & Menangis’ – Nabil Terkesan Selepas Terima Surat Direhatkan Dari Radio, Risau Masa Depan Anak
Tetap hadir uji bakat

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad, 42 berkata meskipun Mikayla atau lebih mesra disapa Mika bergelar anak selebriti namun ia bukan jalan pintas untuknya tidak hadir ke sesi uji bakat.
Saya bersyukur Mika dipilih, bukan senang nak dapat peluang untuk menjejakkan kaki dalam industri.
Kadang-kadang saya simpati juga melihat anak orang lain buat macam-macam untuk rebut peluang masuk ke dalam industri. Usaha yang mereka letakkan memang dahsyat.
Jadi bila Mika dapat peluang ini, saya memang sangat-sangat bersyukur. Tapi dia tetap kena pergi uji bakat, proses dia sama macam orang lain dan dia juga kena masuk kelas bersama Datuk Aznil Nawawi,
Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekspres yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Sementara itu, Nabil menarik nafas lega apabila melihat kemampuan Mika menggalas tugasan dengan baik.
Walaupun bayaran mungkin tak tinggi, tapi yang penting saya nak dia rasai sendiri pengalaman dan dapat gambaran macam mana susah payah saya mencari duit.
Saya nak bila dia melangkah ke dunia pekerjaan kelak, dia dah ada pengalaman itu. Jadi banyak lagi cabang yang boleh dia terokai selepas ini.
Pelajaran perlu diutamakan

Bercerita lanjut, Nabil berkata dia tidak menghalang Mika untuk menceburkan diri dalam bidang seni namun dalam masa yang sama perlu memberikan perhatian penuh kepada pelajaran.
Kata Nabil, dia berhasrat untuk melihat Mika memiliki segulung ijazah kerana baginya pelajaran sangat penting.
Bagaimanapun pelajaran tetap nombor satu. Macam mana penat bersiaran langsung pada Ahad, Isnin tetap kena pergi sekolah macam biasa.
Saya tidak mahu Mika abaikan pelajarannya. Platform ini hanyalah sementara saja untuk bantu Mika supaya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan berani.
Saya tidak ada pelajaran dan sijil, saya cuma ada kerja ini saja. Jadi saya tidak mahu dia jadi macam saya.
Saya nak tengok Mika masuk universiti dan nak dia belajar jadi doktor ataupun jurutera. Industri seni pula hanyalah platform untuk dia belajar mengenai kehidupan.
Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun.
The post [VIDEO] ‘Bersyukur Mika Dapat Peluang, Tapi Tetap Kena Pergi Uji Bakat’ – Nabil Ahmad first appeared on OHBULAN!.





