Pelakon, Sweet Qismina mendedahkan sudah lama menghentikan tabiat terlalu banyak berkongsi di media sosial atas nasihat daripada suaminya, Adam Lee.
Artikel Berkaitan: Adam Lee Respon Peminat Kata Rugi Sweet Qismina Potong Rambut Pendek – ‘Saya Suami Dia, Saya Suka’
Artikel Berkaitan: Adam Lee Teruja Nak Pindah Rumah Idaman Bersama Sweet Qismina – ‘Bila Ada Rezeki Masuk, Kami Akan Renovate’
Jangan kongsi di media sosial
View on Threads
Dalam satu klip di TikTok, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi, 29, berkata pada awal perkenalan Adam sudah berpesan kepadanya untuk kurangkan berkongsi hal peribadi di media sosial.
Sweet berkata sebelum ini dia gemar berkongsi hampir segala-galanya di media sosial namun tabiat itu berubah selepas mengenali Adam.
Masa saya kenal Adam, perkara pertama yang dia cakap dengan saya apa sahaja yang berlaku jangan muat naik di media sosial sebab tujuh tahun lepas saya kaki media sosial.
Bila saya dengan Adam ni alhamdulillah, dia seorang yang sangat wise. Dia tahu apa yang akan berlaku kalau terlampau berkongsi di media sosial.
Andai kata saya pernah muat naik walaupun dalam close friend, Adam akan terus telefon tanya kenapa dan saya takedown serta-merta.
Mengulas lebih lanjut, Sweet berkata dia memilih untuk mengawal sikap tersebut kerana bimbang hal itu boleh menimbulkan isu yang lebih besar selepas mendirikan rumah tangga.
Bagi saya kalau sebelum kahwin saya tidak pupuk benda yang negatif jadi positif, perkara itu akan jadi isu besar bila sudah berkahwin.
Banyak yang Adam dah mengajar dari segi media sosial. Dia memang jarang bermain media sosial kecuali melibatkan kerja.
Netizen puji


Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji tindakan Sweet yang dikatakan taat kepada arahan suaminya.
Segelintir daripada mereka mengatakan bahawa tidak ramai yang mampu melakukan hal sedemikian lebih-lebih lagi pada ketika ini apabila banyak isu semasa dibincangkan secara terbuka di media sosial.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Sweet Qismina Dah Lama Buang Tabiat ‘Overshare’ Di Media Sosial, Ikut Nasihat Suami – ‘Dia Banyak Mengajar Saya..’ first appeared on OHBULAN!.





