28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selepas Cerai, Ini Kali Pertama Saya & Azeva Satu Pentas Dengan Ameng..Tuhan Pertemukan Semula Kami Sekeluarga’ – A Aida

    Shopee Sale

    Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida memaklumkan bahawa hubungannya bersama bekas suami, Ameng berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang masalah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sewaktu Koma Itu Sama Ada Mati Atau Tidak, Tapi Ibarat Saya Berada Antara 2 Alam’ – A Aida

    Artikel Berkaitan: Bertudung Bukan Sebab Orang Lain, Janji Saya Selepas Kembali Sedar Dari ICU’ – A Aida

    A Aida bawa Ameng ke pentas TTMM2

    Ketika ditemui , pemilik nama Zaidah Awang, 56, terbuka untuk bekerjasama dengan Ameng dalam urusan melibatkan anak-anak

    Jelasnya lagi, walaupun mereka telah lama berpisah, hubungan sebagai ibu dan bapa tetap terjalin demi anak-anak.

    Ikhlas saya katakan, saya dan Ameng memang tiada masalah. Dia adalah ayah kepada anak-anak saya. Nanti anak-anak saya nak berkahwin, dia tetap akan menjadi wali.

    Saya tiada masalah dan okay sahaja bersama Ameng. Selepas bercerai, inilah kali pertama saya dan Azeva berada satu pentas bersama Ameng. Tuhan pertemukan semula kami sekeluarga.

    A. Aida berkata demikian ketika ditemui di konsert minggu pertama Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.

    Azeva sebak

    Sementara itu, anak pasangan ini iaitu Azeva Natassha mengakui tidak dapat menahan sebak ketika bergandingan bersama bapanya di pentas konsert minggu pertama Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).

    Pertama kali buat persembahan bersama ayah buat saya sedih. Saya memang tak boleh fikir langsung.

    Sejak dulu, saya dah terpisah dengan ayah. Kini, kami dapat berkongsi pentas pula. Papa sanggup luangkan masa untuk datang ke sesi rehearsal. Kami dapat berkumpul semula sebagai keluarga. 

    Bila dapat melihat mama dan papa ada bersama, itu yang buatkan saya sebak. Mereka berpisah ketika saya berusia tiga tahun. 

    Alhamdulillah, sekarang ini, Allah permudahkan hubungan saya dan papa. Kami jadi semakin baik. Saya sangat bersyukur kerana saya tak pernah merasai momen seperti ini sebelum ini.

    Dalam pada itu, A. Aida yang juga merupakan pengurus kepada Azeva berkata dia telah lama menyusun perancangan bagi konsep persembahan ini.

    Pada minggu pertama dan pengenalan ini, saya ingin perkenalkan Azeva sebagai anak kepada Ameng dan punyai kemahiran bermain gitar.

    Saya telah susun jalan cerita ini sebagai sebahagian daripada persembahan. Bila dapat tugasan minggu pengenalan, idea inilah yang terus terlintas di fikiran.

    The post ‘Selepas Cerai, Ini Kali Pertama Saya & Azeva Satu Pentas Dengan Ameng..Tuhan Pertemukan Semula Kami Sekeluarga’ – A Aida first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Enot Nafi Buat Pembedahan Bariatrik – ‘Itu Namanya Tempah Maut, Saya Bekas Pesakit Kanser Perut Tak Boleh Usik’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah