27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Anwar Ibrahim, Sneako temubual Zakir Naik

    Shopee Sale

    Pempengaruh antarabangsa, Sneako, sekali lagi menggemparkan media sosial, kali ini apabila memuat naik video temubual eksklusif bersama pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

    Sneako atau nama sebenarnya Nicolas Kenn De Balinthazy, sebelum ini tular selepas berjaya menemui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

    Dalam video terbaru itu, Zakir mendedahkan sebab utama memilih Malaysia sebagai lokasi penghijrahan walaupun ditawarkan kewarganegaraan dari 15 negara yang lain.

    Pendakwah itu menyifatkan Putrajaya sebagai sebuah bandar yang sangat kondusif untuk gaya hidup Islam berbanding bandar-bandar besar lain di dunia.

    "Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kuala Lumpur mempunyai banyak unsur kemaksiatan," ujarnya.

    Zakir berhijrah ke Malaysia pada 2016 selepas dilarang daripada meninggalkan India sekiranya pulang ke negara tersebut.

    MENARIK:  iran dakwa tembak jatuh pesawat sokongan C-130 AS di Isfahan

    Dengan populasi Muslim melebihi 95 peratus, bagi Dr Zakir, Putrajaya dianggap sebagai lokasi ideal bagi mereka yang ingin membesarkan keluarga dalam suasana yang terpelihara daripada pengaruh budaya Barat yang melampau.

    Dalam temu bual itu Sneako meluahkan hasrat untuk berhijrah ke New York kepada Zakir Naik.

    “Kebimbangannya adalah Amerika Syarikat merupakan pusat segala propaganda, punca peperanangan, dan tempat umat Islam difitnah sebagai pengganas.

    "Saya rasa ada manfaatnya untuk kekal berada dalam 'sarang musuh' ini bagi melawan pembohongan mereka secara berkesan. Jadi, adakah tindakan saya menangguhkan hijrah ini masuk akal, atau ia sekadar alasan semata-mata?" soalnya.

    Zakir kemudiannya menerangkan mengenai surah An-Nisa ayat 97 berkaitan penghijrahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah