27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Terkilan Suami Minta Poligami, Pilih Kahwini Cinta Pertama – ‘Aku Doa Kau Mati Pucuk’

    Shopee Sale

    Seorang isteri meluahkan isi hati berkenaan suaminya yang didakwa curang bersama cinta pertama setelah 15 tahun melayari bahtera perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Respon Dakwaan Harris Alif Curang Dalam Permainan Video Online – ‘Saya Bukan Enabler, Kena Tahu Batas Sendiri’ 

    Artikel Berkaitan: Isteri Nekad Maafkan Suami Selepas Kantoi Curang Dengan Wanita Baru Kenal Seminggu – ‘Saya Pilih Dia Demi Anak Dalam Kandungan’

    Suami curang

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu tersebut meluahkan rasa terkilan apabila suaminya tergamak mengkhianati perkahwinan yang dikurniakan lima orang cahaya mata bersama.

    Tambah individu terbabit, dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin namun suami memilih untuk berpoligami susulan pertemuaan cinta pertamanya.

    15 tahun perkahwinan. 5 anak, hidangkan suami pagi petang malam.

    Sampai tak mohon kerja duduk rumah saja. Tiba-tiba suami jumpa cinta pertama.

    Dua orang itu curang, minta nak berpoligami.

    Pegawai agama tanya kenapa nak berpoligami, suami cakap sebab perasaan suka.

    saya hanya mampu beristighfar. Dia kahwin dengan saya sampai lima orang anak, senang-senang jawab macam itu.

    Dalam pada itu, individu terbabit mengakui tidak reda dengan ujian yang menimpa malah turut meluahkan doa agar suaminya menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya.

    Tunggu lah pembalasan daripada Allah. Aku tak reda sikit pun apa yang korang berdua buat pada aku dan anak-anak.

    Sebab cinta pertama, kau sanggup bagi alasan untuk khianat aku.

    Jauh disudut hati, aku doa kau mati pucuk sebab apa yang kau lakukan.

    Sumber: Threads @kupu.kupu.emas

    MENARIK:  [FOTO] Fattah Amin Luang Masa Bersama Fatima & Keluarga

    The post Isteri Terkilan Suami Minta Poligami, Pilih Kahwini Cinta Pertama – ‘Aku Doa Kau Mati Pucuk’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah