25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Plan Nak Sorok Dulu Sampai Baby Besar, Tapi Tak Kesampaian’ – Siti Jamumall

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall berkongsi berita kehamilannya di media sosial.

    Kena molar pregnancy

    Menerusi rakaman video berdurasi 1:38 saat di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, menunjukkan kit kehamilan dia positif hamil tiga minggu lebih.

    Reaksi gembira turut kelihatan di wajah suaminya yang juga merupakan pempengaruh, Aiman Tak Kesah.

    Tambah Siti, sebenarnya dia mahu menyorok berita kehamilan itu sehingga bayinya besar. Namun, tidak kesampaian dan tiada rezeki apabila dia mengalami kehamilan molar.

    Rancang nak sorok dulu sampai baby besar. Tapi tak kesampaian. Tak ada rezeki. Siti kena molar pregnancy. Siapa ada pengalaman boleh share dekat komen.

    Menurut sumber Doctor Health Centre, kehamilan molar adalah kondisi yang terhasil apabila gabungan sperma dan ovum tidak menjadi seperti yang seharusnya.

    MENARIK:  Anak Tiri Nora Ariffin Luah Perasaan, Kongsi Gambar Ibu Bapa – ‘Sudah Kahwin Puluh Tahun Ini Yang Senyap, Tak Ada Tayang Menayang’

    Ianya boleh diklasifikasikan sebagai “molar penuh” ataupun “molar separa”. Hasil penggabungan yang tidak menjadi ini menyebabkan penggandaan sel-sel zigot yang rosak dan seterusnya memberikan gambaran seolah-olah seperti anggur yang tumbuh dalam rahim.

    Video

    " data-video-id="7418907736781376769" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @sitijamumall

    esok kena warded? takuttt

    ? original sound – sitijamumall – sitijamumall

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah