Seorang individu tampil membuat dakwaan mengejutkan apabila mendedahkan bahawa seorang penyanyi muda didakwa bertindak memukul isterinya selain culas dalam menunaikan nafkah.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki & Wanita Popular Nikah Senyap-Senyap Di Makkah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Dedah Penyanyi Muda Buat Servis Jual & Promosi Video Lucah – ‘Ramai Pengikut Budak Sekolah’
Kaki pukul

Menerusi perkongsian di Threads, bekas peserta program nyanyian popular itu didakwa sebagai seorang ‘kaki pukul’ serta dikatakan gemar berfoya-foya dengan wanita.
Dalam pada itu, individu terbabit turut menitipkan peringatan kepada golongan wanita supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan helah penyanyi berusia 30 tahun itu.
Jantan tak guna yang kaki pukul, kaki perempuan, miskin dan baran.
Generasi Z mesti kenal budak ini. Hati-hati ya.
Kalau tak mahu jadi mangsa pukul seterusnya, jangan termakan kata-kata manis jantan ini.
Selain itu, penyanyi berkenaan turut didakwa baru sahaja menamatkan hukuman penjara selepas perbuatannya mencederakan isteri sehingga berdarah.
Modal dia hanya rupa dan suara saja. Dia baru saja keluar daripada penjara sebab pukul isteri sampai mata berdarah.
Dulu bekas isteri pun dia pukul, tapi dia tak buat laporan polis. Makian itu seakan zikir saja bagi dia.
Dulu bekas isteri yang tanggung semua.
Sumber: Threads @atashasophea__
The post Penyanyi Didakwa Bersikap Baran, Pukul Isteri & Miskin – ‘Dulu Bekas Isteri Tanggung’ first appeared on OHBULAN!.





