28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daler Yusuf Nasihat Artis Jangan Sombong, Hargai Peminat – ‘Mereka Yang Buat Kita Ada Nama Dalam Industri’

    Shopee Sale

    Pelakon Daler Yusuf tampil berkongsi pandangannya mengenai sikap selebriti terhadap peminat yang hangat diperkatakan di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Bagi Anak-Anak Guna Tablet Seminggu Sekali & Isi Masa Dengan Aktiviti Berfaedah’ – Daler Yusuf

    Artikel Berkaitan:  ‘Aku Sedar Ada Babak Yang Tak Selari Dengan Syariat Islam’ – Daler Yusuf

    ‘Public figure’

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berkata, seseorang yang bergelar artis secara tidak langsung telah bersedia untuk menjadi figura awam yang sentiasa menjadi perhatian ramai.

    Tambahnya, kejayaan seseorang artis tidak akan tercapai tanpa sokongan peminat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sejak awal perjalanan kerjaya mereka.

    Ramai cakap artis pun manusia, kena ada privasi dan sebagainya, memang betul.

    Tapi bagi saya, bila kita pilih jadi artis, kita memang automatik sign up jadi public figure.

    Mood kita macam mana pun, kalau peminat nak ambil gambar setidaknya layan dengan baik.

    Sebab peminat lah yang buat kita ada nama dalam industri ni.

    Dalam masa yang sama, Daler berpendapat bahawa populariti seseorang artis tidak akan kekal selamanya, lebih-lebih lagi apabila ada yang mula berubah sikap ketika berada di puncak kejayaan.

    Ada sesetengah artis bila dah terkenal terus culture shock, berubah 360.

    Kita kena ingat kita takkan berada di atas selamanya. 

    Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan isu artis sombong apabila bertemu dengan peminat di luar.

    MENARIK:  Naqiu bercerita tentang nilai barang-barang sekolahnya yang mencapai RM15k pada masa yang dulu

    Sumber: Threads

    The post Daler Yusuf Nasihat Artis Jangan Sombong, Hargai Peminat – ‘Mereka Yang Buat Kita Ada Nama Dalam Industri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah