31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pernah Menang AJL, Mesti Boleh Buat Lagi’ – Haqiem Rusli Tak Patah Semangat, Akan Terus Berkarya

    Shopee Sale

    Gagal meloloskan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Haqiem Rusli tidak akan berputus asa, sebaliknya tekad untuk terus menghasilkan karya berkualiti pada masa akan datang.

    Artikel Berkaitan: Tiada Rezeki Ke Pentas AJL40, Haqiem Rusli Reda Impian Tertangguh Lagi – ‘4 Tahun Menunggu, Saya Akan Terus Usaha’

    Terus berkarya

    Menerusi hantaran di Instagram, Haqiem, 28, berkata biarpun lagunya berjudul Nostalgila tidak berjaya melangkah ke pentas berprestij tersebut, perkara itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya sebagai pengkarya.

    Perjalanan yang panjang untuk saya kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu. Sabtu lalu genap empat tahun saya menunggu untuk berdiri semula di pentas yang sangat berprestij ini.

    Sejujurnya, saya sangat merindui untuk membuat persembahan di pentas itu, tetapi tidak mengapa, saya akan terus bekerja keras dan kembali dengan lebih kuat tahun depan.

    Kegagalan menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus buat lagu baru, sebab bila saya pernah berada di situ (pentas AJL) dan pernah menang, mesti saya boleh buat lagi, kan? Tahun depan saya cuba lagi.

    Tambah Haqiem, Anugerah Juara Lagu menjadi antara faktor utama yang mendorong dirinya untuk terus bereksperimen dalam muzik.

    AJL adalah salah satu sebab utama kenapa saya terus menolak diri untuk meneroka bunyi baharu, supaya saya tidak terus berada dalam zon selesa sendiri.

    AJL menggerakkan saya untuk mencuba benda baru iaitu lagu Nostalgila (rock elektronik) adalah percubaan pertama saya untuk mencuba genre baru.

    Buat terbaik lagi

    Dalam pada itu, Haqiem turut menegaskan dia menerima keputusan dengan hati terbuka dan bersyukur dengan pencapaiannya setakat ini.

    Jangan salah faham, hantaran ini bukan tentang saya mengadu atau apa-apa, cuma nak beritahu saya reda dengan keputusan dan saya juga sangat bersyukur lagu pertama yang saya hasilkan sendiri dapat pergi ke separuh akhir.

    Saya membaca semua kritikan dan saya akan perbaiki sedikit demi sedikit. Terima kasih kepada pihak TV3, para juri serta semua yang menyokong. Saya akan buat yang terbaik lagi tahun depan.

    Imbas kembali, Haqiem pernah meraih beberapa kejayaan di pentas AJL antaranya menerusi lagu Tergantung Sepi (AJL32 – tempat ketiga), Jatuh Bangun (AJL33 – finalis), Lembah Kesepian (AJL34 – finalis) dan Mimpi (AJL36 – tempat ketiga).

    MENARIK:  [VIDEO] Lupa Isi Minyak Kereta Syarikat, Dynas Mokhtar Tersadai Tepi Jalan – ‘Suami Bising Sebab Dia Dah Pesan’

    Sabtu lalu, sebanyak 10 buah lagu telah diumumkan layak bertanding di AJL40 iaitu Aina Abdul (Kamu), Marsha (Tangisan Seorang Pendosa), Dayang Nurfaizah (Lemah), Ryenal Guntabid (Lumangad Oku Dika) dan Aisha Retno (Tak Adil).

    Selain itu, Wany Kayrie (Cak Cak Cekuk), Hazama (Semacam Pandora), Amir Masdi (NurCinta), Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni) serta K.O.I (Tiwikarma).

    Sumber: Instagram

    The post ‘Saya Pernah Menang AJL, Mesti Boleh Buat Lagi’ – Haqiem Rusli Tak Patah Semangat, Akan Terus Berkarya first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah