28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dewan bandar raya tak puas hati dengan larian Songkran

    Shopee Sale

    Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Songkran Sunset Splash Run baru-baru ini kerana gagal mematuhi syarat penganjuran yang ditetapkan.

    DBKK dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa aspek pelaksanaan program yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat kelulusan, khususnya membabitkan kaedah penggunaan air serta impak terhadap kebersihan dan keselamatan di kawasan awam.

    Menurut kenyataan itu, DBKK telah mengarahkan penganjur melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta-merta bagi memastikan kawasan yang terjejas kembali ke keadaan asal.

    “DBKK memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kepatuhan kepada syarat kelulusan acara dan kebersihan Bandaraya Kota Kinabalu. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap penganjur selaras dengan peruntukan undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Wanita dipanggil polis walau tak terlibat perhimpunan - PSM

    Dalam pada itu, DBKK turut menjelaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program berkenaan dan sebarang kelulusan yang diberikan sebelum ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada pematuhan syarat-syarat yang ketat.

    Pihak berkuasa tempatan itu memberitahu secara lazimnya, acara larian amat digalakkan kerana mampu memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan, selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

    Gambar dan video penganjuran program pada Sabtu lepas tular di media sosial, sekali gus mengundang reaksi warganet, antaranya berpendapat bekalan air pada program itu, walaupun dibeli oleh penganjur, sewajarnya digunakan bagi membantu penduduk yang berdepan isu gangguan bekalan air di negeri berkenaan.  

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah