26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ain Edruce Serah Tugas Kepada Amirul Beri Nama Anak Kedua – ‘Kali Ini Baby Boy’

    Shopee Sale



    Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyerahkan tugas sepenuhnya kepada suami, Amirul untuk memberi dan mencari nama buat anak kedua mereka.

    Amirul happy

    Menerusi temu bual bersama , Ain berkata tugas itu diberikan kepada Amirul memandangkan suaminya itu teruja selepas mengetahui dia akan melahirkan anak lelaki.

    Kali ini sebab baby lelaki, kita bagi peluang Amirul beri nama.

    Amirul cakap, tunggu baby keluar nanti kita cari nama yang sesuai.

    Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce, dia lebih memilih atau suka nama yang mempunyai satu perkataan seperti anak sulungnya, iaitu Soraya.

    Mengulas lanjut, pengacara berusia 34 tahun berkata suaminya paling gembira apabila mengetahui bakal dikurniakan sepasang anak.

    Nama Amirul dah panjang, jadi pilih nama yang pendek sahaja.

    Yang paling gembira adalah Amirul. Saya rasa dia teringin nak anak lelaki tetapi tidak beritahu saya.

    Pada awalnya saya rasa (baby) anak perempuan, tetapi lepas tahu jantina anak Amirul memang teruja.

    Ain berkata demikian selepas ditemui di majlis Aeon Seloka Raya, Balik Kampung Gosip Raya bertempat di Aeon Style Taman Maluri, pada Khamis.

    MENARIK:  Shila Amzah Belum Sedia Jumpa Ibu Tiri, Dedah Hubungan Dengan ND Lala Baik – ‘Saya & Ayah Akan Berbuka Bersama Hujung Minggu Ini’

    Cuti rehat

    Bercerita mengenai cuti rehat, pengacara berusia 34 tahun itu berkata kemungkinan dia akan kembali bekerja selepas beberapa bulan.

    Keutamaan saya selepas ada anak memang saya tumpukan pada anak dan kerja yang kedua. Saya nak tunggu anak besar sedikit.

    Saya juga sudah bersedia untuk kurangkan aktiviti seni tetapi tidak berhenti. Saya masih aktif di media sosial seperti biasa.

    Sementara itu, Ain turut menyatakan perasaan gementar untuk melahirkan anak dalam masa terdekat ini.

    Untuk info, Ain telah sah bergelar isteri kepada Amirul yang juga merupakan seorang usahawan, pada Disember 2019.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah