30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rebut Ganjaran Berganda 10 Hari Awal Zulhijjah, Ini Amalan Yang Digalakkan

    Shopee Sale

    Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang sangat istimewa di dalam kalender Islam kerana terkandung pelbagai peristiwa besar yang penuh bersejarah.

    Artikel Berkaitan: ‘Terpaksa Kekal Clean Shaven Look, Semoga Allah Terima Ibadah Korban Aku’ – Amar Baharin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Amin Kongsi Ganjaran Puasa Hari Arafah, Allah Ampun Dosa Dua Tahun

    Amalan terbaik

    Menurut Ustaz Jafri Abu Bakar, pada bulan ini Rasulullah SAW menekankan agar umatnya memperbanyakkan amalan soleh, terutama pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

    Sebagaimana Nabi Muhammad SAW menyebut, ‘Tiada hari yang amalan solehnya paling disukai oleh Allah untuk dilakukan, melainkan pada hari-hari ini.’

    Baginda maksudkan adalah 10 hari terawal bulan Zulhijjah.

    Dalam sebuah hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW juga berkata, ‘Tiada hari di mana amal-amal yang dilakukan menjadi afdal berbanding 10 hari awal dalam bulan Zulhijjah.’

    Kenapa sangat istimewa?

    Kata Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari, adalah kerana terkumpulnya ibadat besar di dalamnya, iaitu solat, puasa, sedekah, haji dan semua ini tidak ada pada hari-hari yang lain.

    Antara amalan yang dicadangkan adalah membaca Al-Quran dan melaksanakan solat selain solat fardu iaitu solat sunat.

    Selain itu, sebagai tanda ihsan sesama manusia, umat Islam juga dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan.

    Memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran dan menjaga solat. Kita solat di awal waktu, solat jemaah dan banyakkan solat-solat sunat.

    Seterusnya, banyakkan amalan kebajikan seperti mengeluarkan zakat, sedekah, berbelanja untuk ahli keluarga kita dan mereka yang memerlukan.

    Dalam pada itu, ibadah berpuasa juga amat digalakkan terutama pada 9 Zulhijjah iaitu pada hari Arafah kerana ganjaran pahalanya yang besar dan mustajab doa.

    Berpuasa sunat, bahkan kalau mampu berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah atau pun boleh berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

    Terutamanya pada 9 Zulhijjah sebab Nabi Muhammad SAW ada menyebut tentang kelebihan hari Arafah iaitu Allah akan ampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

    Di dalam bulan ini juga umat Islam akan mengerjakan ibadah haji, korban dan menyambut hari raya Aidiladha.

    MENARIK:  Andy Teh Dapat Tawaran Beraksi Dalam Filem Hong Kong, Akui Susah Nak Bertutur Dialek Kantonis

    Sementara itu, amalan zikir juga boleh dilipatgandakan pada waktu ini, selain mengeratkan silaturahim sesama insan turut disarankan.

    Kita akan meraikan hari raya Aidiladha dan melakukan ibadah korban.

    Kita juga boleh memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT terutamanya pada hari mustajab doa iaitu pada hari Arafah.

    Dan yang terakhir adalah hubungkan silaturahim.

    Sumber: FB Ustaz Jafri

    The post [VIDEO] Rebut Ganjaran Berganda 10 Hari Awal Zulhijjah, Ini Amalan Yang Digalakkan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah