29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GSF2.0: Penahanan lebih 100 peserta tindakan kurang ajar rejim jahat – PM

    Shopee Sale

    Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel memintas Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0) ke Gaza dan menahan lebih 100 aktivis termasuk 16 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi aman membela kemanusiaan sejagat.

    Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera kesemua aktivis.

    “Tindakan kurang ajar rejim jahat ini terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa malah memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin,” katanya.

    MENARIK:  Asean perlu lebih lantang suarakan isu Palestin- Rais Yatim

    Beliau menegaskan bahawa dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan yang dilakukan oleh rejim Zionis.

    "Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah