Beberapa tragedi yang melibatkan remaja perempuan maut dalam insiden pembunuhan kejam membuka mata ibu bapa bagi mengetatkan pemantauan anak-anak tanpa perlu menyekat kebebasan mereka sepenuhnya.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Didakwa B*nuh Remaja 14 Tahun, M*yat Reput Ditemui Dalam Bonet Kereta
Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Didakwa Rog*l Remaja 13 Tahun Ketika Orang Kampung Tarawih Di Masjid
Cara pantau anak tanpa sekat kebebasan

Segelintir anak-anak terpaksa berjauhan dengan ibu bapa apabila melanjutkan pelajaran atau mula bekerja.
Namun begitu, isu-isu yang sering tular di media sosial sudah tentu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, khususnya dalam usaha mereka memantau anak-anak dari jauh.
Menurut laporan The University of Queensland, terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan bagi memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terpelihara.
- Pantau penggunaan media sosial
Dalam konteks semasa, pemantauan penggunaan media sosial oleh ibu bapa menjadi semakin penting kerana ia sering menjadi ruang utama pertemuan dan perhubungan dalam kalangan remaja.
Hubungan yang bermula secara dalam talian kadangkala berkembang terlalu cepat tanpa pengenalan latar belakang yang sebenar, sekali gus mendedahkan remaja kepada risiko hubungan yang tidak sihat atau bersifat toksik.
Di media sosial juga, remaja mudah terdedah kepada normalisasi tingkah laku seperti cemburu melampau, kawalan pasangan, dan komunikasi yang manipulatif, yang boleh disalah anggap sebagai tanda kasih sayang.
- Berkomunikasi secara terbuka
Remaja lebih mudah terbuka jika mereka rasa didengari tanpa dihakimi.
Ibu bapa digalakkan untuk mendengar dengan penuh perhatian serta kekal tenang walaupun dalam perbualan yang tegang.
Hubungan yang baik akan membuatkan remaja lebih selesa berkongsi segala perkara yang terjadi dalam hidup.
- Validasi emosi anak
Perkara ini amat penting kerana ramai remaja sedang melalui fasa emosi yang kompleks dalam hubungan percintaan.
Keadaan ini boleh menyebabkan mereka kekal berada dalam hubungan yang berisiko kerana tidak tahu cara untuk keluar atau tidak rasa difahami oleh sesiapa.
Selain itu, ketiadaan sokongan emosi daripada keluarga boleh membuatkan remaja lebih mudah terdedah kepada pasangan yang manipulatif atau mengawal.
Isu keselamatan anak dalam hubungan percintaan tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi dalam era digital yang membuka ruang interaksi tanpa sempadan.
Kes-kes semasa membuktikan bahawa tanpa bimbingan, komunikasi terbuka dan sokongan emosi daripada keluarga, anak mudah terdedah kepada hubungan yang berisiko.
Dengan pendekatan yang seimbang antara pemantauan dan kepercayaan, anak dapat dibentuk menjadi individu yang lebih bijak dalam membuat keputusan.
Sumber: University of Queensland
The post Jangan Terlalu Bebas, Jangan Terlalu Kongkong – Ini Cara Pantau Keselamatan Anak first appeared on OHBULAN!.





