Prosiding perbicaraan pengesahan lafaz taklik melibatkan pasangan pelakon Linda Hashim dan suaminya, Beego ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu pada 18 Jun dan 9 Julai depan.
Artikel Berkaitan: Linda Hashim Dakwa Beego Enggan Lafaz Cerai – ‘Dia Nak Panjangkan Kes, Tak Nak Beri Kerjasama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perlu Ke Minta Izin Suami Macam Dia, Saya Dah Tanya Ustaz’ – Linda Hashim
Prosiding tangguh

Ketika ditemui , peguam syarie yang mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin memaklumkan prosiding hari ini berjalan dengan baik dan pihaknya berpuas hati dengan perkembangan kes tersebut.
Sebentar tadi kita ada pengesahan lafaz taklik oleh pihak defendan. Alhamdulillah hakim memberi respon yang sangat baik pada kes ini.
Kami sangat bersyukur dan anak guam saya pun berpuas hati dengan prosiding hari ini.
Walau bagaimanapun, Fadzilah menjelaskan bahawa proses kes masih berada dalam peringkat siasatan sebelum perbicaraan diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Cuma sekarang ini proses masih dalam siasatan dan akan ditangguhkan pada 18 Jun dan 9 Julai.
Kami harapkan untuk dua tarikh akan datang ini, kes akan selesai dengan baik dan semoga ada pengakhiran yang baik buat kedua-dua pihak.
Pada Isnin, Fadzilah yang hadir bersama Linda ditemui pada perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas prosiding perbicaraan ditangguhkan kepada tarikh baharu.
Beego diwakili Muhammad Akmal Amzan difahamkan hadir lewat ke mahkamah disebabkan terikat dengan kes di mahkamah lain.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguhkan prosiding pengesahan lafaz taklik yang difailkan oleh Linda terhadap Beego selepas pihak defendan (Beego) baru sahaja mengemukakan pembelaan.
Sebelum ini, pasangan itu pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun kembali rujuk semula pada 9 April 2023. Berikutan itu, Linda turut menarik balik tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga orang anak mereka.
Bagaimanapun, Linda mendakwa hubungan mereka kembali bergolak sehingga berlakunya perceraian kali kedua beberapa bulan selepas rujuk, sebelum mereka kembali bersama tidak lama kemudian.
Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang kini berusia 12, 11 dan tujuh tahun.
The post ‘Hakim Beri Respon Yang Sangat Baik’ – Peguam Linda Hashim first appeared on OHBULAN!.





