Penyanyi, Yuka Kharisma mendakwa seorang individu gagal menunaikan janji untuk membayar sejumlah wang seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Bersedia Bersemuka Dengan Yuka Kharisma – ‘Saya Tunggu Kata Maaf & Sedia Beri Kata Maaf’
Artikel Berkaitan: Yuka Kharisma Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Kerana Difitnah, Madammu Balas ‘Saya Tunggu’
Individu lupa diri lepas nama melonjak naik?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Yuka memaklumkan individu terbabit pernah berada dalam keadaan sukar ketika berusaha mencari penaja bagi konsert sulungnya.
Tambah Yuka, dia tampil menghulurkan bantuan berbentuk pinjaman wang ringgit, didorong rasa simpati melihat keadaannya yang memerlukan bantuan.
Saya pernah jumpa orang masa dia susah, menangis datang rumah minta tolong carikan penaja.
Ketika itu belum popular lagi, jadi agak susah nak dapat tajaan.
Kita pun kesian, tolong lah pinjamkan duit pada budak itu.
Dakwanya lagi, dia terpaksa mengikut tindakan individu terbabit dengan berpura-pura menjadi penaja bagi konsert yang telah dibatalkan dua tahun lepas.
Cover bontot dia menipu pada media cakap kita yang taja. Padahal kita bukan nak taja pun.
Maaf cakap, dapat apa kalau saya taja? Bukan dapat liputan atau apa-apa.
Tak bayar hutang

Berkongsi lanjut, Yuka turut mendakwa individu tersebut gagal menunaikan janji yang dibuat selepas namanya mula melonjak naik dalam industri seni.
Lepas itu, dah menang janji lain yang kita dapat lain. Janji nak bayar, sampai ke sudah tak bayar.
Bila kita dah tak mampu nak tolong, cakap kita yang tak profesional. Cakap kita tak adil, kejam dan pusing cerita sana sini.
Dasar oportunis.
Sumber: Threads @yukakharisma
The post ‘Dia Menangis Datang Rumah Minta Tolong Carikan Sponsor’ – Yuka Kharisma Tuju Dekat Siapa? first appeared on OHBULAN!.





