32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Kisah Viviana Tular, Ramai Mangsa Hubungi Ani Maiyuni – ‘Ada Lagi Teruk, Sampai Lutut Dibedah’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Ani Maiyuni mendedahkan ramai individu mula menghubunginya selepas anaknya, Viviana tampil berkongsi pengalaman menjadi mangsa buli ketika bersekolah di sebuah sekolah berasrama.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tangan Dipegang, Kaki Diikat & Dia Tarik Rambut Saya..’ – Anak Ani Mayuni Dakwa Pernah Jadi Mangsa Buli

    Ramai mangsa

    Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 48, berkata semua individu tersebut mendakwa pernah menjadi mangsa kepada pembuli sama membuli anaknya dan pembuli lain yang dikatakan terlibat dalam sukan bola jaring di sekolah berkenaan.

    Selepas kisah Viviana tular, ramai yang hantar mesej dan mengatakan mereka juga menjadi mangsa.

    Kami terkejut, ada yang dedahkan lutut adik dia dibedah dan tak boleh lagi bersukan. Ada juga yang masuk hospital, koma dan pembuli itu masih lagi bermain bola jaring.

    Saya tak sangka ada orang lain juga dibuli oleh individu sama dan pembuli lain, mangsa ada yang jadi lebih teruk.

    Ani berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kelima Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.

    Dalam masa sama, Ani turut menasihatkan pihak yang cuba mempertahankan pembuli agar berhenti menyalahkan mangsa setiap kali kisah lama dibangkitkan.

    Kenapa ‘enabler’ rasa macam tersakiti? Kita bercerita berkenaan pengalaman, bukan sekarang baru nak dedah. Satu lagi kita nak cakap, jangan ‘victim blaming’, itu yang utama.

    Rasa lega

    Sementara itu, Viviana, 21, mengakui dia kini berasa jauh lebih tenang selepas akhirnya berani berkongsi pengalaman hitam yang sudah dipendam sekian lama.

    Selepas bercerita saya rasa puas dan lega. Benda ini dah lama saya simpan, rasa takut nak kongsikan. Bila lama simpan dan dapat lepaskan rasa lega sampai boleh tidur lena.

    Kalau tak, setiap malam saya terfikir-fikir. Saya takkan pernah boleh lupa kejadian hampir mati.

    Rasa takut masih ada tapi alhamdulillah atas sokongan keluarga dan kawan-kawan, bila jumpa persekitaran positif saya lupa sekejap benda yang terjadi.

    Saya sertai program-program ketika di universiti, bergaul dengan orang supaya saya tak nampak menyendiri.

    Tambah Viviana, pengalaman dibuli juga pernah membuatkan dirinya berasa sukar mempercayai orang di sekeliling.

    Sebenarnya yang jadi kemurungan sampai takut nak bergaul sebab isu kepercayaan. Saya tertanya-tanya kenapa orang nak kawan dengan saya.

    Tapi saya tolak tepi perasaan itu dan sentiasa fikir positif. Umi pun selalu ingatkan tak semua orang begitu.

    Sebelum ini, Viviana mendedahkan dia pernah menjadi mangsa kekerasan beberapa pelajar senior ketika menjalani latihan bola jaring di sekolah berasrama tanpa mendedahkan identiti individu terlibat.

    MENARIK:  Vivy Yusof Mahu Jual Semua Koleksi Beg Tangan Jenama Mewah – ‘Saya Harus Melepaskan Juga’

    The post Selepas Kisah Viviana Tular, Ramai Mangsa Hubungi Ani Maiyuni – ‘Ada Lagi Teruk, Sampai Lutut Dibedah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah