Pelawak dan pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa terharu apabila menerima mesej daripada seorang komposer yang berhasrat menghasilkan lagu untuk anaknya, Adrian Adam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Dedah Pusara Andre Mikhail Didatangi Burung Merpati – ‘Apa Rahsia Amalanmu, Anak’
Tawaran menyanyi

Amyza, 50, berkata, tawaran itu diterima hanya kira-kira 30 minit selepas Adrian selesai membuat persembahan istimewa di konsert minggu kelima Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Amyza, dia sebelum ini pernah menyimpan hasrat agar ada perkarya dalam industri muzik sudi memberi peluang kepada anaknya untuk memiliki lagu sendiri.
Sebelum ini memang pernah terdetik dalam hati, kalaulah ada mana-mana komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian.
Tetapi saya tidak sangka Allah gerakkan hati individu tersebut. Ini rezeki yang langsung tidak dijangka.
Individu itu menghantar WhatsApp dan menawarkan untuk menghasilkan lagu buat Adrian sejurus selepas persembahan tadi.
Sementara itu, Adrian, 18, mengakui terkejut dan terharu menerima tawaran berkenaan selain menyifatkan peluang itu sebagai pembakar semangat untuk terus kuat melawan kanser tulang yang dihidapinya.
Rasa terkejut dan gembira. Insya-Allah saya bersedia untuk mengikuti kelas vokal dan membuat persediaan bagi lagu ini.
Mungkin ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Saya anggap nyanyian sebagai satu terapi untuk kesihatan mental.
Sebelum ini, Adrian mencuri perhatian ramai apabila membuat kemunculan khas di pentas TTMM2 dengan menyampaikan lagu Ku Mohon sambil berkerusi roda.
Malah, para juri turut menyifatkan Adrian mempunyai potensi besar dan mampu memberi saingan sengit sekiranya bertanding sebagai peserta program berkenaan.
Untuk rekod, Adrian sepatutnya menjadi salah seorang peserta TTMM2, namun terpaksa menarik diri selepas disahkan menghidap kanser tulang pada Februari lalu.
The post Selepas 30 Minit Muncul Atas Pentas, Anak Amyza Aznan Dilamar Komposer Untuk Ada Lagu Sendiri first appeared on OHBULAN!.





