Sebuah konsert mega yang dinanti-nantikan bakal berlangsung pada 14 Disember 2025 di IDEA Live Arena, Kuala Lumpur yang menampilkan tiga nama besar dari Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.
Artikel Berkaitan: Rizky Febian Dah Kurang Dapat ‘Job’ Menyanyi, Bimbang Masa Depan Anak Bakal Lahir
Tiga jiwa, satu pentas

Dibawakan oleh Strategy X Entertainment Sdn. Bhd., konsert berjudul ‘Malam 3 Suara’ ini menjadi medan pertemuan tiga vokal berbeza dalam satu pentas, sekali gus menjanjikan pengalaman muzik yang penuh warna dan emosi.
Menurut wakil penganjur, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya sebuah naratif muzik yang menyatukan tiga identiti tersendiri.
Anggi Marito dikenali dengan kelembutan vokal yang meresap ke jiwa. Fabio Asher pula hadir dengan balada penuh emosi yang membuai perasaan.
Rizky Febian pula si bintang muda penuh pesona, tampil dengan gaya persembahan yang segar dan bertenaga.
Apabila tiga elemen ini digabungkan, lahirlah sebuah harmoni indah yang saling melengkapi.
Malam 3 Suara bukan sekadar konsert, ia adalah sebuah perjalanan rasa, tentang cinta, kerinduan, harapan dan kebersamaan.
Rizky excited jumpa peminat

Peminat bakal dihiburkan selama lebih dua jam dengan rangkaian lebih daripada 20 lagu popular yang dipilih secara teliti.
Konsert ini juga terbahagi kepada beberapa segmen istimewa termasuk persembahan solo, duet serta kolaborasi eksklusif yang hanya boleh disaksikan pada malam tersebut.
Sementara itu, Rizky Febian berkata, konsert ini adalah peluang berharga untuk kembali bertemu dengan peminat Malaysia selepas sekian lama.
Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur. Ini peluang istimewa untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat dan mencipta memori indah bersama anda semua.
Dengan gabungan tiga suara emas dari seberang ini, ‘Malam 3 Suara’ pastinya bakal menjadi salah satu acara muzik paling ikonik penghujung tahun ini.
Tiket konsert boleh didapati di http://www.ticket2u.com.my/malam3suara.
The post ‘Malam 3 Suara’ Satukan Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito first appeared on OHBULAN!.





