31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kakak Umisya Mazlan Harap Keputusan Dihormati, Titip Doa Buat Marissa Dania

    Shopee Sale

    Kakak kepada Umisya Mazlan iaitu Nadia menegaskan bahawa setiap ujian rumah tangga tidak seharusnya dilihat sebagai medan persaingan sehingga perlu menentukan pemenang.

    Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Dedah Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Pernah DM – ‘Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak’

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Seorang Di Rumah, Nak Patah Balik Dari Semalam’ – Kakak Umisya Mazlan Gesa Danish Hakim Periksa Keadaan Marissa Dania

    Ujian rumah tangga

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Nadia berpendapat setiap keputusan yang dibuat seseorang adalah berdasarkan situasi dan ujian yang sedang dilaluinya.

    Tambah Nadia, dia berharap agar tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh individu yang terlibat.

    Dalam kisah ini bukan soal siapa pemenang dan siapa yang kalah.

    Ujian rumah tangga bukan pertandingan untuk melihat siapa yang kekal dan siapa yang pergi.

    Setiap orang memilih jalan yang dirasakan terbaik untuk dirinya berdasarkan apa yang sedang dilalui. Ada yang memilih untuk bertahan dan ada yang memilih untuk pergi.

    Tidak perlu untuk kita ambil faham tentang setiap pilihan yang dibuat oleh mereka. Cukuplah sekadar kita menghormati apa yang mereka pilih untuk hidup mereka.

    Harapan buat Marissa Dania

    Dalam pada itu, Nadia turut menitipkan doa buat anak kepada penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania agar diberikan ketenangan hati serta menemukan kebahagiaannya.

    MENARIK:  Kerajaan Pertimbang Haramkan Permainan Video Roblox & UMI Di Malaysia

    Menurut Nadia, setiap manusia pasti melakukan kesilapan namun yang lebih penting adalah mengambil pengajaran daripadanya serta kembali ke jalan yang diredai Allah.

    Untuk kamu, saya doakan yang baik-baik. Kamu masih muda, perjalanan hidup kamu masih panjang.

    Semoga Allah mengampuni segala khilaf, membimbing langkah kamu ke jalan yang lebih baik, mengurniakan ketenangan hati dan menemukan kebahagiaan yang Allah redha.

    Kita semua adalah manusia yang sedang belajar, melakukan kesilapan dan berharap kepada rahmat Allah.

    Bukan tentang siapa menang siapa kalah tapi tentang siapa yang kembali kepada Allah dengan hati yang lebih baik daripada semalam.

    Sumber: Threads @kakya_nadia

    The post Kakak Umisya Mazlan Harap Keputusan Dihormati, Titip Doa Buat Marissa Dania first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah