31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diesel RM2.10 Seliter Mulai 1 Julai, Pemilik Kenderaan Boleh Nikmati Subsidi Guna MyKad

    Shopee Sale

    Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pembaharuan mekanisme subsidi diesel menerusi pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai 1 Julai 2026.

    Menerusi pelaksanaan baharu ini, harga runcit diesel akan diseragamkan pada harga tanpa subsidi untuk semua pengguna. Namun begitu, rakyat Malaysia yang layak akan terus menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad di stesen minyak seluruh negara.

    700,000 pemilik kenderaan diesel bakal nikmati subsidi

    Menurut Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah ini dibuat selaras dengan prinsip penyasaran subsidi kerajaan bagi memastikan hanya rakyat yang layak menikmati manfaat tersebut.

    Melalui mekanisme BUDI Diesel, kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian dijangka mendapat akses kepada diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menggunakan MyKad sebagai alat pengesahan kelayakan.

    Dalam masa sama, Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Langkah ini membolehkan sekitar 70,000 kenderaan komersial yang layak, khususnya dalam sektor pengangkutan barangan pengguna, membeli diesel pada harga RM2.15 seliter menggunakan fleet card syarikat minyak.

    Guna MyKad untuk beli diesel bersubsidi

    Menariknya, BUDI Diesel akan disepadukan dengan sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang bakal menggunakan MyKad sebagai alat pengesahan subsidi.

    Walaupun pengesahan dibuat menggunakan MyKad, pembayaran masih boleh dilakukan seperti biasa menggunakan tunai, kad debit, kad kredit atau e-dompet yang diterima di stesen minyak.

    Bagi penerima sedia ada BUDI Diesel Individu, bantuan tunai RM400 sebulan akan dihentikan dan digantikan dengan subsidi diesel secara terus di stesen minyak. Proses peralihan ini akan dilakukan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan baharu.

    Sebagai persediaan sebelum pelaksanaan penuh, akses awal BUDI Diesel akan dibuka bermula 27 Jun 2026 untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia.

    Di bawah sistem baharu ini, setiap individu yang layak akan menerima had asas sehingga 200 liter sebulan.

    MENARIK:  [VIDEO] Individu Dedah Aliff Syukri Lagi Rajin Dari Pekerja – ‘Cuba Juga Ikut, Tapi Tak Boleh Lawan’

    Apa yang menarik, kuota tersebut boleh digunakan secara fleksibel sama ada untuk membeli diesel bersubsidi atau RON95 bersubsidi, bergantung kepada keperluan pengguna dan baki kelayakan bulanan masing-masing.

    Menurut kerajaan, hampir 90% pemandu di Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter bahan api setiap bulan, menjadikan had tersebut mencukupi bagi majoriti penerima.

    Pemilik pikap dan jip boleh mohon tambahan 100 liter

    Bagi pemilik persendirian kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak, kerajaan turut menyediakan kemudahan tambahan sebanyak 100 liter sebulan.

    Ini bermakna jumlah keseluruhan kelayakan boleh meningkat sehingga 300 liter sebulan selepas permohonan diluluskan.

    Langkah ini dilihat dapat membantu golongan peniaga PMKS serta mereka yang tinggal atau berulang-alik dari kawasan pedalaman yang memerlukan penggunaan bahan api lebih tinggi.

    Selain itu, kemudahan diesel bersubsidi ini turut diperluaskan kepada kumpulan tertentu seperti pengusaha bot sungai dan pemilik genset di kawasan pedalaman, khususnya di Sabah dan Sarawak.

    Subsidi sektor strategik kekal diteruskan

    Kerajaan turut menegaskan bahawa subsidi diesel bagi sektor strategik dan kritikal akan terus dikekalkan seperti berikut:

    • Nelayan: RM1.65 seliter
    • BUDI Agri-Komoditi untuk petani kecil dan pemegang tanah komoditi berdaftar
    • SKDS 1.0: RM1.88 seliter bagi pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah dan bas ekspres

    Kerajaan menjelaskan bahawa pelaksanaan BUDI Diesel bertujuan memastikan subsidi diberikan secara lebih bersasar, di samping mengurangkan ketirisan, penyalahgunaan dan aktiviti penyeludupan yang selama ini membebankan kewangan negara.

    Pemilik kenderaan diesel persendirian boleh mula menyemak status kelayakan serta had subsidi bulanan melalui portal rasmi BUDI MADANI bermula hari ini.

    Pemilik pikap dan jip yang layak juga boleh mengemukakan permohonan tambahan 100 liter melalui portal yang sama atau secara fizikal di pejabat LHDNM termasuk UTC.

    The post Diesel RM2.10 Seliter Mulai 1 Julai, Pemilik Kenderaan Boleh Nikmati Subsidi Guna MyKad first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah