31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Husna & Halim Radzi Sah Bercerai Talak Satu Selepas 4 Tahun

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti, Sharifah Husna dan Halim Radzi disahkan sudah bercerai talak satu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Husna Sakit Kaki, Halim Radzi Tukar Pakai ‘Heels’ Di Shopping Mall – ‘Sayang Janganlah Rakam, Orang Tengok’

    Artikel Berkaitan: Terima DM Daripada Suami Orang, Sharifah Husna Bertindak Beri Ugutan Halus – ‘Nak Saya Hantar Pada Isteri Awak?’

    Cerai

    Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, Husna, 33, mengesahkan perkahwinannya sudah menemui jalan penamat dan hanya memberi jawapan ringkas ketika dihubungi.

    Ya, saya sudah bercerai dengan Halim.

    Bagaimanapun, ketika ditanya Halim, dia enggan mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut.

    Saya kalau boleh tidak mahu kongsi dan tidak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu.

    Memang saya jaga privasi rumah tangga saya.

    Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun sebab kalau saya bercakap sekali pun tiada kesan.

    Jadi saya pilih untuk tidak berkongsi.

    Pasangan itu difahamkan sudah tiada persefahaman dan Halim melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

    MENARIK:  Isteri Tamatkan Kerjaya Polis Selepas 20 Tahun Berkhidmat, Mamat Sepah Akui Bukan Keputusan Mudah

    Husna turut dimaklumkan telah selesai menjalani tempoh iddah dan bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik antara mereka.

    Sebelum ini, timbul dakwaan mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan bergolak selepas Husna dilihat seakan-akan memberi bayangan di media sosial miliknya.

    Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022.

    Sumber: mStar

    The post Sharifah Husna & Halim Radzi Sah Bercerai Talak Satu Selepas 4 Tahun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah