28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Tahun Ibu Pesan Dekat Anak-Anak Jangan Belikan Dia Apa-Apa, Mahu Kami Simpan Duit’ – Anzalna Nasir

    Shopee Sale

    Pelakon Anzalna Nasir menzahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran ibunya pada tanggal 23 Jun.

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Fokus Kejar Ketenangan Hidup – ‘Tak Nak Berhutang & Komitmen Yang Terlalu Tinggi’

    Artikel Berkaitan: Sebak Kenang Nasib Golongan Susah, Anzalna Nasir Ambil Inisiatif Bantu Keluarga Memerlukan – ‘Boleh DM Atau Maklumkan’

    Hari lahir ibu Anzalna

    Menerusi hantaran di Threads, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir memakumkan bahawa setiap tahun ibunya akan berpesan agar anak-anak tidak membelikan sebarang hadiah meskipun pada hari jadinya.

    Berkongsi lanjut, pelakon drama Dendam Aurora itu berkata bahawa ibunya lebih mengutamakan mereka menyimpan wang.

    Setiap tahun dia beritahu kami supaya tidak membelikannya apa-apa kerana dia lebih suka kami menyimpan duit. Tetapi sudah tentu kami tidak pernah dengar cakap itu.

    Bagaimanapaun, dia dan adik-beradik tidak pernah mengendahkan permintaan tersebut.

    MENARIK:  Syawal Berlangsung Sebulan! Drama Lelaki AI yang Sibuk Sambut Hari Raya, Qaida Mengacaukan Dodol dengan Gaya Yang Menarik

    Malah pada tahun ini, Anzalna membawa ibunya ke sebuah butik supaya wanita itu boleh memilih sendiri hadiah yang diinginkan. Tetapi lain pula yang jadinya apabila wanita itu sebaliknya membelikan sesuatu untuk Anzalna.

    Tahun ini saya membawanya ke butik untuk memilih sesuatu yang dia suka, tetapi akhirnya dia pula yang membelikan saya hadiah.

    Saya tetap membelikannya sesuatu. Lagi dia suruh saya jangan berbelanja untuknya, lagi saya mahu memanjakannya. 

    Saya tak nak suatu hari nanti menyesal kerana tidak melakukan lebih banyak perkara ketika masih mempunyai peluang.

    Sumber: Threads Anzalna Nasir

    The post ‘Setiap Tahun Ibu Pesan Dekat Anak-Anak Jangan Belikan Dia Apa-Apa, Mahu Kami Simpan Duit’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah