31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ada yang tidak kena’ – Puad bayang kemelut calon Umno PRN Johor

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, membayangkan berlaku kemelut dalam Umno Johor berhubung pengundian calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 dan bakal membuat satu pengumuman penting pada Sabtu ini.

    Menurut penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit itu, dia merasakan ada yang “tidak kena” dengan Umno Johor selepas melihat senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding.

    Mohd Puad Zarkashi

    “Hari ini BN Johor akan umum senarai calon yang akan bertanding di PRN Johor 2026. Melihat senarai calon tersebut ada yang tidak kena kepada Umno Johor.

    “Justeru saya akan membuat pengumuman penting pada 27 Jun ini. Perkembangan terkini Umno Johor merisaukan.

    “Saya tidak akan menoleh belakang walaupun saya hanya insan kerdil,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

    Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan mengumumkan senarai nama calon yang akan mewakili gabungan berkenaan di kesemua 56 kerusi DUN Johor pada jam 2.30 petang ini.

    Malah, menurut presiden Umno itu, BN akan terus mengekalkan konsep ‘wali’ dalam pengundian calon, iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima) dan likeable (disukai), selain menampilkan gabungan muka lama dan baharu.

    Selain itu, Ahmad Zahid berkata BN menampilkan gabungan antara pemegang jawatan sedia ada dengan muka baharu bagi mewarnai bakat kepimpinan di Johor.

    Sebelum ini, Puad telah menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

    MENARIK:  SPRM tahan warga Bangladesh bergelar 'Datuk'

    Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda dan berpendidikan. Bagaimanapun, Puad mendakwa saranan itu tidak diendahkan oleh kepimpinan parti.

    "Saya telah mengumumkan melalui Facebook enam hari lalu bahawa saya tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit kerana faktor usia.

    "Saya menegaskan, orang muda terlatih dan berpendidikan semestinya diberi peluang. Tetapi tidak diindahkan. Saya melakukan 'keberanian politik' untuk meneruskan perjuangan," katanya lagi.

    Puad kali pertama dipilih menjadi calon Umno pada pilihan raya 2008 bagi kerusi Parlimen Batu Pahat yang dimenanginya. Bagaimanapun dia hanya berkhidmat selama satu penggal di Dewan Rakyat selepas tewas dalam pilihan raya 2013 kepada Mohd Idris Jusi daripada PKR.

    Namun dia dipilih semula menganggotai Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dianggotai 25 anggota pada akhir tahun tersebut. Puad digugurkan daripada menjadi calon oleh Umno dalam pilihan raya umum 2018.

    Dia yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jasa pada Mac 2015 tetapi meletak jawatan pada 25 April 2018 sebagai tanda protes kerana tidak dipilih menjadi calon BN.

    Pada 2022, Puad diletakkan sebagai calon BN pada PRN Johor dan berjaya memenangi kerusi itu. Seterusnya, dia dilantik sebagai speaker DUN Johor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah