28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz Wadi Annuar Puji Suami Bagi Isteri ‘Me-Time’, Titip Nasihat Agar Tidak Langgar Halal Haram

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menitipkan nasihat kepada para suami agar bijak dalam menyokong minat isteri tanpa melanggar batas yang ditetapkan syarak.

    Artikel Berkaitan: ‘Umat Islam Masih Kerja Sebagai Juruwang Jual Beli Arak, Ini Masa Untuk Beralih Rezeki Lebih Berkat’ – Ustaz Wadi Annuar

    Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Qada – ‘Rebutlah Ganjaran Besar’

    ‘Me-time’ isteri

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ustaz Wadi memuji sikap segelintir suami yang memberi ruang kepada isteri untuk meluangkan masa buat diri sendiri.

    Namun, Ustaz Wadi menegaskan bahawa sokongan yang diberikan tidak bermaksud mengizinkan isteri terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan syarak.

    Bagus suami yang menyokong isteri untuk me time.

    Tetap itu bukan bermaksud membiarkan semuanya tanpa sempadan halal dan haram.

    Dalam pada itu, Ustaz Wadi menitipkan pesanan agar para suami menjadi ketua yang membimbing ahli keluarga menuju reda Allah serta menjaga kebajikan mereka di akhirat.

    Tugas kita sebagai ketua keluarga adalah meminpin keluarga ke arah reda Allah.

    Sayangi mereka, jaga akhirat mereka.

    Imbas kembali, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang menghadiri konsert sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen lebih-lebih lagi apabila suaminya berada di rumah menjaga anak ketika itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Accuses Fathia Latiff of Renting a Male Companion in Japan in 'Missing My Boo' Video

    Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi antara netizen sehingga menyifatkan suami individu berkenaan seorang yang dayus.

    Sumber: Threads @ustazwadiannuar

    The post Ustaz Wadi Annuar Puji Suami Bagi Isteri ‘Me-Time’, Titip Nasihat Agar Tidak Langgar Halal Haram first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah